Semasa sedang sibuk mengambil gambar Maya Karin & Christina Suzanne di Majlis Pelancaran Filem Jwanita semalam, Budiey dikejutkan sekali lagi dengan kematian artis disebarkan di Twitter. This time… Remy Ishak pulak yang kena.
Aiyooo… memandai je diorang ni kan. Memang takde kerja lain kot. Ternyata berita ini tidak benar dan palsu sama sekali. Budiey dah tahu berita ini bersumberkan dengan berita yang tak sahih. Jadi, Budiey tweet balik, berita ini palsu dan tak perlu la nak sebarkan.
Nampaknya kali ini Remy Ishak adalah orang seterusnya yang menjadi mangsa penyebaran fitnah menerusi laman sosial twitter. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan Remy telah meninggal dunia hari ini lantaran dari penyakit yang dihidapi Remy. Sebelum ini, Remy Ishak telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri apabila dia diserang jangkitan virus atau pneumonia.
Namun, beberapa pihak telah menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan yang Remy Ishak masih lagi hidup. Antaranya adalah Hafiz Hamidun, penyanyi dan juga komposer. Hafiz yang sedang melakukan tugasan pasca-produksi bersama Khabir Bahtiar dan krew bagi filem lakonan Remy, ‘Azazil’, terkejut dengan khabar angin itu. Selain itu, Hafiz juga meminta supaya segala khabar angin itu tidak disebarkan lagi oleh mana-mana pihak.
Menurut rekod, beberapa orang rakan artis turut menjadi mangsa khabar angin yang disampaikan melalui laman sosial seperti Azean Irdawaty, Allahyarham Bob Kuman, Osman Kering dan hari ini, Remy Ishak. Bersamalah kita berdoa supaya Remy Ishak dan rakan artis yang lain cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan tanah air.
Sebentar tadi, Remy Ishak telah mengeluarkan status terbaru menerusi laman sosial twitter yang menyatakan dia masih lagi hidup dan kini telah berada di rumah. Remy Ishak turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.
Budiey: Anggaplah ini satu permainan dunia.
Ini bukan gambar Remy Ishak ya… tapi pelakon Azrel Ismail yang sejibik dengan Remy Ishak.