Bukan setakat simbah cat merah, tapi rumah Zubir, wartawan Bi Pop Berita Harian ini dilemparnya bangkai ayam busuk. Itu yang Budiey dengar dalam Buletin Utama kat TV3 malam tadi.
Khabarnya, TV1 pun ada keluarkan berita tentang tragedi rumah Zubir disimbah cat ini. Budiey pun turut terkejut juga sebab biasanya benda ni semua berkait rapat dengan kerja pemungut hutang Ah Long. Teringat dulu kisah rumah Wan Nor Azlin yang pernah disimbah cat. Apa-apa pun, laporan polis dan dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Sebagaimana yang ramai tahu, Zubir adalah wartawan hiburan yang menulis tentang gosip-gosip panas di sisipan Berita Minggu – Bi POP. Ada yang buat andaian, ada artis yang kurang senang dengan gosip yang ditulis oleh Zubir. Budiey tak tahu nak buat andaian, cuma bersimpati dengan apa yang telah menimpa wartawan gosip ini.