in

Rumah Terbuka Rempit United Prihatin

Sambutan Aidilfitri masih lagi hangat dirasai walaupun telah berada di penghujung bulan Syawal. Undangan ke rumah-rumah terbuka tidak putus-putus, sehinggakan ada antara undangan yang tidak dapat dipenuhi.

Pada 15hb September 2012 ini, Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan deruman enjin para Riders yang akan memeriahkan suasana Rumah Terbuka Rempit United Prihatin yang turut akan dihadiri tetamu Kehormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada hari tersebut, para riders akan berkumpul seterusnya akan sama-sama berkonvoi ke Jalan Sultan Ismail di mana sambutan Rumah Terbuka ini akan diadakan. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi hingga jam 4 petang. Sebanyak 200 ribu satay serta juadah raya akan disajikan kepada semua yang hadir.

Rumah Terbuka Rempit United Prihatin

Majlis Rumah Terbuka anjuran Rempit United ini adalah bertujuan mengumpulkan dan merapatkan hubungan sesama Riders dan orang ramai seterusnya mewarnai lagi sambutan Syawal yang telah berada dipenghujung. Rempit United (RU) merupakan sebuah pertubuhan permotoran tempatan yang berusaha membantu golongan belia bermotor untuk berekreasi sekaligus mengubah persepsi sinis masyarakat. RU juga merupakan sebuah pertubuhan yang komited untuk menyemai nilai aspirasi tinggi di dalam budaya Rempit. Idea mengadakan Majlis Rumah Terbuka ini dicetuskan oleh Presiden Rempit United sendiri iaitu Wazi Abdul Hamid yang juga merupakan bekas jaguh lumba motor Negara.

Wazi menjemput semua termasuklah mereka yang bukan di kalangan Riders untuk sama-sama meriuhkan dan memeriahkan Rumah Terbuka ini.

Rumah Terbuka ini akan dimeriahkan oleh dua pengacara yang kecoh Didie Alias dan Ray daripada JOHARA Pagi di Era. Majlis juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular tanah air seperti Adi Putra, Sari Yanti, Intan Ladyana, Tam, Fizo Omar, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

Pada hari itu juga terdapat 5 buah booth akan dibuka antaranya daripada Naza Motor Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd, Apache Motorcycles dan Kelab Peminat Adi Putra, 1Hotlovers.

Bagi pengguna Twitter, satu hashtag ( #RayaKLpeaceBro ) telah diwujudkan bagi memudahkan pengguna mengikuti perkembangan update terkini sebelum dan semasa majlis berlangsung.

Mereka juga boleh mengetahui perkembangan ini melalui akaun Twitter Rempit United (@RempitUnited).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Excellent Pictures Tangga Teratas Program Aidilfitri

Malaysians Closer to the Top tvN K-Pop Superstar