Menurut Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, acara ini julung kali diadakan sebagai medium mendekatkan RR dengan pengikut dan pelanggan mereka.
Menurutnya, eksklusif sepanjang 30 hari acara berlangsung, Rizman Ruzaini menyediakan tawaran istimewa untuk pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana.
Menurutnya, sebagai tanda penghargaan kepada RR Royalties yang banyak menyokong jenama RR selama ini, tawaran khas yang cukup istimewa turut disediakan.
Malah, diskaun 25 peratus ditawarkan kepada petugas media pada 9 Mac.
“Pada 9 dan 10 Mac ini, Rizman Ruzaini menawarkan diskaun 25 peratus untuk mereka yang ingin membeli koleksi raya di acara Rumah Raya Rizman Ruzaini. Tawaran ini hanya untuk dua hari itu sahaja yang dibuka kepada RR Royalties.
“Inilah kepuasan yang mahu diberikan kepada pelanggan yang lebih gemarkan pembelian secara terus. Jadi, kami harap kepada mereka yang bekelapangan, jemput datang ke Rumah Tangsi dan pilih sendiri koleksi yang anda inginkan,” katanya.
Sempena raya tahun ini, Rizman Ruzaini menyediakan hampir 100 rekaan yang memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat di bawah label RR by Rizman Ruzaini.
Koleksi Raya RR 2024 ini dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac lalu dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com.