Aurebella Beauty akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ruhainies kerana tidak puas hati dengan kerja dan komitmennya sebagai duta produk. Menurut Pengarah Urusan, Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri dari tugasnya sebagai duta produk Mixberries Royal Women.
“Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.
– Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim
“Banyak perkara yang tidak dilakukan tetapi pihak kami masih belum boleh mendedahkan secara terperinci,â€
Kerana tindakan itu, syarikat perlu menanggung kerugian besar. Aiman turut mengalami kemurungan susulan kejadian ini. Pengunduran Ruhainies menyebabkan kerugian pada majlis pelancaran, produk dengan nama Ruhainies, dan juga jualan dari stokis yang bekerjasama dengan syarikat.
“Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan bagi kami ini adalah satu penghinaan yang jelas.
– Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim
“Pengunduran Ruhainies menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian kerana majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami,â€
“Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka,â€
Aiman berharap Ruhainies akan membayar ganti rugi dan meminta maaf secara terbuka. Mereka akan mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi dan permintaan maaf daripada Ruhainies.
“Saya Tak Tandatangan Kontrak Pun,” – Ruhainies
Susulan dakwaan tidak komited dalam kerja sebagai duta dengan sebuah produk kecantikan dan kesihatan, pelakon Ruhainies bagaimanapun menegaskan tidak menandatangani sebarang kontrak dan menerima bayaran daripada pihak terbabit.
Ruhainies memaklumkan bahawa dakwaan tersebut sangat mengelirukan dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
“Isu ini sebenarnya sangat ‘straightforward’ (jelas). Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada masih tertunggak, kontrak pun belum tandatangan.
– Ruhainies
“Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?â€
Sementara itu, pelakon drama Hello, Mr. Perfect! yang aktif menjadi duta kepada banyak produk itu turut meninggalkan pesanan kepada pengasas produk lain agar dapat bekerja secara telus.
“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,â€
– Ruhainies
Pihak Aurebelle Beauty memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies atas alasan tidak menjalankan kerja dan komitmen sebagai duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.
Mereka turut mendakwa Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri sebagai duta produk mereka.