Dua dalam satu pengisian travelog ini kerana bukan sahaja berkongsi lokasi sebenar boleh dikunjungi penggemar kopi sebaliknya Ruhainies juga teruja memperkenalkan lokasi menarik yang dilawatinya dalam 13 episod program ini.
Program bermula dengan hos memperkenalkan bahawa meminum kopi pada masa ini menjadi gaya hidup masyarakat dan kafe-kafe kopi tumbuh bak cendawan. Antara aktiviti dilakukan mengunjungi kafe, berbual dengan pengusaha dan peminat kopi juga mengunjungi lokasi unik yang wajib dikunjungi pelancong.
Lokasi : Jakarta
Kafe-kafe yang dikunjungi ialah kafe Jambatan Kota Intan, kafe Gelas Kaleng dan kafe Mardin Baklava Patisserie. Mengulas mengenai keistimewaan lokasi-lokasi yang dikunjungi seperti Kota Tua, dan Sunda Kelapa serta mengajak penonton untuk melawat ke lokasi-lokasi berkenaan dan menikmati keunikannya.
Pada kali ini tempatnya ialah Rumah Kopi Nusantara, kafe Filosofi dan kafe Babah & Co. selain turut menonjolkan keistimewaan lokasi-lokasi yang dikunjungi seperti Taman Mini Indonesia, Monumen Nasional, dan Matahari Mall.
Lokasi : Bandung
Di sekitar Bandung, antara kafe-kafe yang dikunjungi ialah Kampiun Bistro, kafe Sejiwa dan MyLoc Coffee & Bistro. Dikongsikan juga mengenai keistimewaan lokasi-lokasi yang dikunjungi seperti Teras Cihampelas, Pasar Baru Trade Center, Paris Van Java, kilang kopi Kapal Selam dan Braga Street.
Seterusnya berada di kafe The Goodlife, kafe Kopi Luwak Cikole dan 5758 Coffee Lab. Manakala lokasi-lokasi unik yang dikunjungi seperti NuArt Sculpture Park, dan Floating Market Lembang.
Lokasi : Jogjakarta
Jogjakarta, sebuah kota yang terkenal dengan institusi pendidikan tinggi, kesenian dan kebudayaan. Sebaik sahaja tiba di kota itu selepas perjalanan lebih 8 jam dari Bandung, Ruhainies ke Kedai Kopi Mataram, kafe Epic Coffee dan warung kopi Joss Suramadu. Lokasi-lokasi unik yang dikunjungi seperti Jalan Malioboro, Kraton, Candi Barong, Tebing Breksi dan kawasan Wisata Angkringan.
Sementara itu masih di daerah sama, Ruhainies menyambung penjelajahannya ke kedai-kedai kopi seperti Warung Kopi Merapi, Warung & Kebun Pak Kasno, dan kafe Merapi Coffee. Di samping menikmati kopi, beliau mengnjungi lokasi seperti Gunung Merapi, The Lost World dan Bunker Kaliadem.
Lokasi : Bali
Episod berikutnya adalah ke Bali, sebuah pulau yang terkenal dengan pantai dan pergunungan yang indah serta kesenian dan budaya tradisi. Sebaik sahaja tiba di pulau itu selepas penerbangan dari Jogjakarta, hos singgah di kafe Neon Palm, kafe Simply Brew Coffee Roasters, kafe Kopi Luwak Alas Arum dan kafe Kintamani Coffee. Turut diulas mengenai keistimewaan lokasi-lokasi seperti Art Market Seminyak, Alas Arum Agro Tourism, dan kawasan pergunungan Kintamani.
Penjelajahannya di pulau Bali menuju ke kedai kopi Waroeng Mesu dan café Coffee Studio Seniman. Hos juga mengulas mengenai keistimewaan lokasi-lokasi yang dikunjungi seperti Pura Dalem Penataran Desa Adat Legian, pantai Suluban, pantai Kuta, Uluwatu, dan ladang kopi Kintamani di daerah Chatur.
Lokasi : Medan
Penggembaraan seterusnya ke Medan, sebuah kota di utara Sumatra yang terkenal dengan kopi dan sajian makanannya. Antara kedai-kedai yang dikunjungi ialah Kalimantan Kopi KT, kedai Lim’s Coffee dan kafe Coffeenatics. Dipaparkan juga keistimewaan lokasi-lokasi seperti Kebun Kopi Medan dan Taman Buaya serta menaiki Becak Dayung Medan.
Masih di Medan berkunjung ke Lisa & Leo’s Organic Coffee Farm untuk melihat bagaimana kopi organik mula ditanam dari benih, diproses dan dihidangkan. Ladang ini telah dianugerah sebagai pengeluar kopi terbaik di Indonesia dalam tahun 2018. Pengacara berkesempatan merasakan kopi keluaran ladang ini bersama-sama dengan pengasasnya, Lisa dan Leo. Di samping itu pengacara juga mencubakan kopi di sebuah kafe kopi yang digelar Cafe Isabella. Juga keistimewaan Danau Toba yang terkenal dengan kedinginan dan keindahannya.
Antara kedai-kedai lain dikunjungi ialah Kopitiam Apek, Otten Coffee House, kedai kopi di Jln. K.H Wahid Hasyim. Pengacara juga secara khusus melawat ke Zulaikha Bika Ambori, sebuah kedai yang terkenal dengan kuih muih tradisional. Hos berkongsi keindahan Masjid Raya Al-Mashun, Istana Maimum dan Rumah Terbalik Medan.
Lokasi : Padang / Bukit Tinggi
Pada episod ini, fokus adalah kunjungan ke Ladang Kopi Pak Anis untuk melihat bagaimana mereka memilih dan memotong daun kopi untuk membuat kopi kawa. Ruhainies berkesempatan merasakan kopi kawa keluaran ladang ini bersama-sama dengan pengasasnya. Di samping itu pengacara juga mencubakan kopi di kedai-kedai kopi Kiniku dan Bedudal Cafe Bukit tinggi. Turut dikunjungi seperti Istano Basa Pagaruyung dan Jam Gadang Bukit tinggi serta mengajak penonton untuk melawat ke lokasi-lokasi berkenaan dan menikmati keunikannya.