Semangat yang tidak pernah putus asa di waktu pandemik ketika ini, penyanyi muda tempatan Sabah, Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul ‘ Jaga Dirimu ‘ ciptaan & lirik oleh Rudy Zil.
Selain menyanyi, Rudy Zil aktif dalam penghasilan lagu untuk dirinya serta beberapa rakan artis tempatan Sabah lain seperti Nowhy Band, Erney E. Tugoe & Syamlie dan beliau mengambil inspirasi oleh Kumpulan AIR SUPPLY dalam setiap penghasilan lagu ciptaannya. Di Sabah, Rudy Zil juga bekerja secara sendiri bagi menampung keperluan & sara hidup.
Rudy Zil pernah meriliskan beberapa buah single pada tahun 2014 sebelum ini dan telah mendaftarkan hakcipta lagu-lagu tersebut kepada syarikat Luncai Emas. Ia menerusi satu program yang disertai Rudy Zil iaitu program ‘Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Video Muzik’ anjuran Luncai Emas pada tahun 2017. Bengkel tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni utamanya tentang kesedaran & kepentingan hakcipta dalam karya-karya mereka, perkongsian tips & cara membuat lagu hits oleh Dato’ M.Nasir serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit. Beberapa panel professional turut hadir berkongsi pengalaman mereka dalam sesi bengkel itu.
Rudy berkata, ‘’Alhamdulillah , saya merupakan salah seorang peserta bengkel itu . Dengan menerusi bengkel yang dianjurkan di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah ketika itu , saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini untuk ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas . Kesemua lagu – lagu tersebut sudah pun didaftar di semua saluran digital dan saya juga telah menjadi composer secara eksklusif di bawah publisher Luncai Emas’’. Antara lagu – lagu yang telah didaftar dan berada di pasaran digital oleh Luncai Emas seperti Jahatnya Kamu , Dan Ku Sayang – Sayang , Lagu Perpisahan & Macam Comel Jer .
‘’Berkat Luncai Emas lagu-lagu saya mula berkumandang di siaran digital yang membawa kepada pendengar-pendengar baru di Sabah mahupun seluruh Malaysia untuk menikmati karya-karya saya. Luncai Emas juga membuka mata saya tentang pentingnya hakcipta sesebuah karya itu harus dijaga’’. Tambah Rudy Zil lagi.
Rudy Zil pernah meriliskan single ‘Jahatnya Kamu’ sebelum ini dan berada di semua saluran digital.
‘’Selepas 10 tahun , lagu terbaru dari Saya bertajuk ” JAGA DIRIMU ” ditulis sepenuhnya oleh saya telah siap sepenuhnya.
Lagu yang mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesan tetap jaga diri dengan baik. Lagu yang saya tulis sudah agak lama sejak 2011 namun liriknya baru siap pada tahun 2021. Lagu ini di produce oleh Benn’s Studio (Ben Simon Bukag), yang mengambil masa 4 bulan untuk siap akibat keadaan PKP yang silih bersambung. Dari bulan Feb 2021 sampailah Jun 2021’’ kata Rudy Zil tentang proses penerbitan lagu ‘Jaga Dirimu’ itu . Rakaman lagu dibuat seawal Februari 2021, bermula dengan demo akustik, dan hantar kepada studio rakaman (Benn’s Studio).
‘’Susunan muzik dibuat agak lambat kerana faktor PKP. Setelah demo (guide) siap pada April 2021, saya mulakan latihan sendiri di rumah. Pada bulan Mei, proses voicing berlangsung setengah hari, dan mastering lagu mengambil masa selama seminggu’’.
Rudy juga memaklumkan bahawa dia pernah membuat persembahan duet bersama Atmosfera dalam Carta Lagu Artis Sabah dan rasa persembahan itu suatu kebanggaan paling tinggi baginya . ‘’ CLAS ini kalau di Kuala Lumpur diibaratkan Anugerah Juara Lagu lah’’ – Kata Rudy Zil .
Rudy Zil terus mewarnai industri hiburan tempatan dengan single terbaru ‘Jaga Dirimu’ di kala pandemik melanda ini . Single ini bakal berada di semua saluran digital & youtube Luncai Emas mulai 16 Julai ini . Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. ‘’Harapan saya agar lagu ini dapat diterima di semua telinga pendengar dan masyarakat’’ – Rudy Zil.
Semoga single ini dapat menambat hati peminat-peminat dan dapat menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga.
LIRIK
AKU RINDU, DIPELUKMU
BELAIANMU, TENANGKANKU
SAYANG ITU, DAH BERLALU
KINI KAU TELAH MENJAUH
NAMUN AKU, TERUS SELALU
MENYAYANGI, MENEMANI
BIAR AKU, TIDAK LAGI
ADA DIDALAM PALUNGMU
SEPARUH MATI KU CINTA
KAU BUAT MACAM TIADA
KAU DUAKANKU
DENGAN KEKASIH LAMAMU
JIKA KAU SEDANG BAHAGIA
DIPELUKNYA, MEMBELAINYA
JAGA DIRIMU, SEPERTIKU MENJAGAMU
TEMANIMU, SAYANGIMU
ITU MIMPIKU DENGANMU
MUNGKIN INI TAKDIR KU
MENGAGUMI DARI JAUH
MAAFKANKU, SEANDAIKU
TERLALU CINTA PADAMU
MASIH MENUNGGU,DIRIMU
WALAU KAU CURANG PADAKU
SETENGAH MATI KU CINTA
KAU BUAT MACAM TIADA
KAU DUAKANKU DENGAN KEKASIH LAMAMU
JIKA KAU SEDANG BAHAGIA
DIPELUKNYA, MEMBELAINYA
JAGA DIRIMU SEPERTIKU MENJAGAMU