Bakal disiarkan mengisi slot Screen On 2 di TV2, pemilihan filem juga berpihak kepada anda samada memilih genre cerita yang ditawarkan menghiburkan hujung minggu anda. Berikut senarai empat filem dan tarikh tayangan untuk hiburan anda.
Filem “Line Walker” pada 2 Disember ini, pukul 9.00 malam.
Sinopsis: Seorang perisik wanita di Criminal Intelligence Bureau (CIB) Hong Kong, Ding Xiaojia menerima satu mesej sulit melalui telefon bimbitnya. Penghantar mesej tersebut mendakwa dia adalah seorang ejen penyamar (undercover agent) bagi pihak polis bergelar ‘Blackjack’ yang terputus hubungan dengan pihak polis kerana data identitinya terpadam dalam sistem komputer. Ding Xiaojia bergegas melaporkan maklumat tersebut kepada ketuanya dan satu gerakan khas dimulakan untuk mengesan ‘Blackjack’!
Pelakon: Mark Chao, Jin Chen dan Li Feng.
Filem “Marshall” pada 3 Disember ini, pukul 9.00 malam
Sinopsis: Kisah seorang peguam berkulit hitam, Thurgood Marshall yang berjuang membela Joseph Spell, seorang lelaki Afrika Amerika yang dituduh merogol seorang sosialit kaya, Eleanor Strubing. Marshall bersama-sama Sam Friedman, seorang peguam Yahudi tempatan yang tidak pernah mengendalikan kes jenayah berdebat dengan pandangan perkauman dan anti-Semitik yang menjadi isu besar pada ketika itu. Berjayakah Marshall menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya sebagai peguam?
Pelakon: Josh Gad, Sterling K. Brown, Kate Hudson dan Dan Stevens.
Filem “Abang” pada 4 Disember ini, pukul 10.30 malam.
Sinopsis: Kisah seorang anak sulung dan juga pewaris kepada sebuah keluarga berada di Kuala Lumpur yang pulang ke rumah selepas pergi ke London sedekad yang lalu. Keluarganya bergolak dengan emosi sejak kepulangannya, dia berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa untuk menjaga rahsianya sendiri. Namun, apakah rahsia yang cuba disembunyikan itu?
Pelakon: Dato’ Rahim Razali, Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Noorkumalasari, Fauziah Ahmad Daud, S. Roomai Noor, Umi Kalsum dan Noriah Abdullah
Filem “Kannamoochi Yenada” pada 5 Disember ini, pukul 9.00 malam.
Sinopsis: Kisah Harish Venkatraman, seorang Jurutera Perisian tinggal di Malaysia, ialah anak saudara jutawan Maheswaran Iyer. Setelah kehilangan ibu bapanya, dia menjalankan perniagaan bapa saudaranya dengan sukses sekali. Satu hari dia terjumpa pelajar psikiatri Devasena dan jatuh cinta pndang pertama. Deva ialah anak perempuan Pesuruhjaya Polis Arumugam Gounder dan Dhamayanthi di Chennai. Mereka kemudiannya sama-sama pulang ke Chennai untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ibu dan baa Deva. Disinilah segalanya bermula bila kehadiran Harish disambut dingin bapa Deva. Adakah Harish akan memenangi cintanya?
Pelakon: Manobala, Radha Ravi dan Sandhya.