Membawa maksud “bersama berhijrah” atau “bersama hayati Hijrah”, sambutan Maal Hijrah yang disebut juga Awal Muharam membawa pengertian yang cukup besar kepada seluruh umah Islam. Hijrah haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi penghayatan sambutan Maal Hijrah dengan menyiarkan empat telemovie khas menerusi saluran TV1 bertajuk “Hanya Hanya Satu Malam†(4 November; pukul 9.00 malam), “Dengan Nama†(5 November; pukul 3.05 petang) dan “Walau Siapa Pun Aku†(5 November; pukul 9.00 malam). Saksikan juga drama bertajuk “Najwa Najiha†mengisi slot drama popular Citra pada 5 November, jam 10.00 malam di TV2.
Malam sebelum menjelangnya sambutan Awal Muharam, saksikan drama menarik Hanya Satu Malam, kisah kemewahan hidup menjadikan Borhan seorang lelaki dan ketua keluarga yang telah menyimpang jauh dari landasan agama dan mengheret sama anak permpuannya, Liyana mengikuti rentak kehidupannya. Manakala Asraf pula merupakan seorang anak muda yang sering membuat perancangan mengikut kata hatinya dan akhirnya terperangkap dalam permainan hidup.
4 Telemovie Khas Hayati Sambutan Maal Hijrah di RTM
[dropcap]N[/dropcap]amun kehadiran Pak Malik dalam hidupnya membantu beliau untuk berubah dan kembali kepada ajaran agama sebagai asas kehidupan. Drama terbitan Mohd Zamani Ibrahim, Unit Drama TV RTM ini dibintangi oleh Noura Ziera SuBerry, Rizal Ayub, Khairil Anwar dan Juhara Ayub.
Keesokkan harinya, hayati plot kisah Dengan Nama mengajak penonton menghayati kisah perjalanan pelakon utamanya remaja bermasalah iaitu Zakir lakonan Hanis Kamal. Dia terlibat dengan aktiviti ajaran sesat bersama Along (Soffi Jikan) yang dianggap abangnya sendiri. Satu hari ketika melakukan ritual, Zakir berdepan situasi mengejutkan bila suaranya ‘hilang’. Terkejut dengan situasi itu, melarikan diri menggunakan kereta Along dan kemudiannya menjadi orang buruan Along.
Sepanjang perjalanan yang dia sendiri pun tidak ketahuinya arah tujunya, Zakir berdepan bermacam situasi termasuklah keinsafan yang timbul setelah dia bertemu Bilal (Namron) yang mengajarkan kepadanya kelebihan membaca Bismillah. Namun yang paling terkesan dia bertemu kembali ibunya lakonan Fadilah Mansor ketika di kampung dan dirinya hampir dibunuh oleh Along yang berjaya menjejakinya.
Menyusul drama “Walau Siapa Pun Aku†menampilkan watak utama Maisara mengalami tekanan hidup dan kekeliruan minda setelah dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Anak Maisara, Echa turut menjadi mangsa keadaan ibunya hingga meninggal dunia. Ia dibintangi pelakon terkenal Nad Zainal, Puteri Balkis, Zahiril Adzim, Dato’ Jalaluddin Hassan, Memey Suhaiza, Jasmin Hamid.
Beralih ke saluran TV2 pula hari sama menyiarkan drama menarik menggandingkan pelakon utama Wan Sharmila dan Sheera Iskandar dalam telemovie “Najwa Najihaâ€. Kisahnya mengenai Najwa dan Najiha kehilangan ibu tersayang ketika mereka masih kecil. Abbas ayah mereka yang bekerja memandu lori menghadapi kesukaran untuk keluar bekerja mencari rezeki sekiranya anak-anaknya dibawah jagaannya. Hamid, abang kepada Abbas dan isterinya Muhaini mahu membesarkan anak-anak itu memandangkan mereka tidak punya anak. Akan tetapi hanya Najwa yang tinggal dengan mereka manakala Najiha tidak mahu. Abbas terpaksa menukar kerjayanya sebagai peniaga warung untuk menjaga Najiha.
Apabila dewasa, Najwa berjaya menjawat jawatan tinggi tetapi Najiha gagal dididik oleh Abbas untuk menjadi insan yang berguna. Najiha kini tinggal dengan kawan-kawan dan tidak hiraukan ayahnya yang kini semakin tua. Najiha tidak bekerja malah masih hidup dengan wang ringgit ayahnya. Najiha cemburukan kejayaan dan kebaikan kakaknya Najwa malah Najiha merampas kekasih Najwa. Najwa hanya mampu bersabar kerana tidak mahu membebankan fikiran ayah mereka yang mengidap sakit jantung serta buah pinggang.
Apabila kelakuan Najiha makin melampau hingga ke tahap mencuri wang dan telefon bimbit Najwa, sebagai seorang kakak, Najwa perlu perbetulkan Najiha. Najwa mencari Najiha yang lari dengan wang dan telefon bimbitnya dan menjumpai Najiha dan kawan sebilik sedang menagih dadah. Najwa menggertak untuk panggil pihak polis lalu Najiha dan kawannya lari. Dalam masa yang sama, apabila Najwa pulang ke rumah, ayah mereka kritikal lalu dikejarkan ke hospital dan pada malam yang sama, Najiha yang lari, dijumpai oleh sekumpulan pengedar dadah yang selama ini mencari Najiha. Seolah bertukar nyawa, Keesokan paginya, Abbas sedar dalam keadaan yang sihat manakala Najiha ditemui mati di dalam belukar.
Sama-sama hayati kisah penghijrahan watak utama dalam telemovie-telemovie yang disiarkan ini hanya menerusi saluran RTM.