Beberapa siri Turki yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuklah “Heart Of The City” dan “Ezel” menerima sambutan baik penonton yang gemarkan drama bersiri daripada negara tersebut. Apatahlagi tidak banyak saluran TV yang menyiarkannya menerusi saluran perdana dan tidak berbayar.
RTM meneruskan usaha memenuhi selera penonton dengan menyiarkan pula siri terbaharu mengisi slot Lavender bertajuk “Adi Zehra” (In Another Life) mulai 18 Julai Ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV2.
Mengangkat kisah utama tentang pergolakan dalam diri wanita bernama Zehra yang ingin bebas daripada fahaman konservatif keluarganya, 42 episod arahan Taner Akvardar ini mengetengahlan barisan pelakon Hatice Aslan, Seda Guven, Inanc Konukin, Alican Yucesoy dan Emre Kevilcim.
Episod pengenalannya menunjukkan Zehra, wanita Turki tinggal di Frankfurt, German dengan keluarganya yang tegas lagi tebal dengan fahaman konservatif. Mereka membuat persiapan untuk Zehra berkahwin dengan Hakan, lelaki pilihan bapanya. Tetapi Zehra mengandung zuriat kekasihnya, Kadir.
Sebelum perkahwinan Zehra melarikan diri namun bapa, abangnya dan Hakan, dapat menjejak mereka. Ketika pergelutan Kadir ditikam oleh Hakan dan Zehra melarikan diri.
Seterusnya Zehra mahu membunuh diri setelah keguguran. Dia kemudiannya pura-pura hilang ingatan selamat dan dihantar ke Turki kepada keluarga yang melaporkan anak perempuan mereka hilang sejak 7 tahun. Kebetulan muka mereka sama. Di Turki, Zehra dikenali Hande Kurtoglu, berasal daripada keluarga mewah. Ibunya, Sule Kurtoglu, menerima Hande sebagai anaknya dan diperkenalkan dengan ahli keluarga mereka. Malangnya bapa dan abang Zehra berusaha menjejaknya di Istanbul dengan alamat diberikan doktor merawat Zehra.
Zehra, dengan identiti barunya memulakan kehidupan di Istanbul dengan gembira dan penuh rasa teruja. Dia dapat merasakan hidupnya bakal berdepan dengan fasa-fasa bahagia bebas daripada konkongan keluargaya.
Namun sebenarnya Zehra bakal berdepan dengan situasi yang tidak pernah terduga. Umpama pepatah keluar daripada mulut buaya masuk mulut harimau. Hakikatnya dia akan menghadapi masalah, dan mendapati dirinya di rumah keluarga yang kaya tersebut.
Ketika di situ terdapat beribu-ribu soalan mengenai keluarga ini yang telah menganggap dan menerima kehadiran Hande, gadis-gadis yang hilang tahun lalu dalam keluarga besar mereka yang baru.
Bagaimana mungkin seorang ibu tidak mengenali anak perempuannya? Adakah dia benar-benar suka Zehra kepada anak perempuannya? Apa yang penting untuk segala-galanya, apa yang berlaku kepada Hande sebenar? Apa yang disembunyikan oleh keluarga ini?
Pada masa sama keluarga kandungnya mengetahui bahawa Zehra masih hidup dan dia telah dikejar. Zehra mendapati dirinya dalam keadaan penderitaan baru, tertanya-tanya tentang ibunya sendiri, yang melarikan diri dari bapanya dan abangnya di satu pihak, dan di pihak yang lain.
Konflik demi konflik berlaku yang di penghujungnya berjaya membongkar apakah misteri yang berlaku dalam keluarga besar itu? Dan apa pula kesudahan bagi diri Zehra? Berjayakah dia mengejar kebebasan hakiki yang dicarinya sebelum ini?