Ikuti siarannya secara live bermula pada peringkat kedua (round 16) pada 18 November sehingga peringkat akhir pada 21 November depan menerusi saluran Sukan RTM (Myfreeview 111), TV Okey (Myfreeview 123 / Astro 146) dan juga RTMKLIKÂ HYPERLINK “https://rtmklik.rtm.gov.my/” \t “_blank” rtmklik.rtm.gov.my.
Walaubagaimanapun, untuk pusingan pertama (round 32) pada 16 dan 17 November ini tiada siaran langsung dibuat.Â
Kejohanan kali ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton dan hanya akan disiarkan di kaca TV sahaja. Saksikan perlawanan Peringkat Kedua (Round 16) pada 18 November ini, pukul 12.00 tengah hari di TV Okey & Sukan RTM, 19 November 2021 peringkat Suku Akhir pada 19 November ini, pukul 1.00 tengah hari di TV Okey & Sukan RTM, peringkat Separuh Akhir pada 20 November ini, pukul 12.00 tengah hari dan kemuncaknya peringkat akhir pada 21 November ini yang dijadualkan berlangsung pukul 1.00 tengah hari di TV Okey.Â
Seramai 256 atlet badminton dari seluruh negara dengan mempunyai ranking tertinggi bakal sertai kejohanan kali ini dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Antara pemain Malaysia yang disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain-pemain profesional yang layak sertai Indonesia Masters adalah Perseorangan Lelaki iaitu Lee Zii Jia dan Liew Daren, Beregu Lelaki (Aaron Chia / Soh Wooi Yik), Goh V Shem/Low Juan Shen, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi dan Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong.
Beregu Wanita diwakili oleh Tan Pearly /Thinaah Muralitharan, Lee Meng Yean/Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien. Manakala Beregu Campuran pula Chan Peng Soon /Goh Liu Ying, Chen Tan Jie/Peck Yen Wei, Hoo Pang Ron/Cheah Yee See, Tan Kian Meng/LaI Pei Jing dan Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie. Pemain terdiri daripada pemain BAM dan juga pemain bebas.
Usah ketinggalan mengikuti siaran langsung kejohanan ini di Sukan RTM (Myfreeview 111), TV Okey (Myfreeview 123 / Astro 146) dan juga RTMKLIK HYPERLINK “https://rtmklik.rtm.gov.my/” \t “_blank” rtmklik.rtm.gov.my.