SEINDAH SYAWAL telah dipilih sebagai tema menerusi rangkaian televisyen; TV1, TV2 dan TVi juga radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), bersempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV1, TV2 dan TVi telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, majalah & dokumentari, program hiburan, juga tayangan filem menghiburkan untuk seisi keluarga.
Sidang Media Program Hari Raya SEINDAH SYAWAL RTM
[dropcap]P[/dropcap]ada tahun ini, TV1 akan menyiarkan telemovie penuh keinsafan bertajuk “Dengan Beetle Kami Beraya†lakonan Ajak Shiro dan Sharifah Sakinah, juga “Stesen Serunding Sampan Seringgitâ€; kisah tentang silaturahim dan kemaafan dua kanak-kanak bersaudara kembali ke jalan yang diredhai Allah.
Syawal anda pasti lebih ceria dengan tayangan majalah khas di TV1 seperti “Ketuk-Ketuk Syawalâ€, “Syahadah Rayaâ€, “Teh Tarik Che Ta Syawalâ€, dan “Panorama Khas Rayaâ€. Tidak ketinggalan, program hiburan dan candawara iaitu “Istimewa Lebaran : Kimcy & The Majistretâ€, “Konsert Sentuhan Listrik†dan “Atok VS Opah Nak Rayaâ€. Sebuah drama bersiri 26 episod, “Pergilah Air Mata†turut menemui penonton menggandingkan pelakon popular Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, dan Izreen Azminda.
TV2 juga turut menyediakan program hiburan, majalah, telefilem, candawara dan filem terbaik seperti “Siaran Langsung : Salam Aidilfitriâ€, “Muzikal Raya : Hari Ini Hari Rayaâ€, “Indahnya Lebaran Ikon Siarawanâ€, dan “M.Nasir With The MPOâ€. Tidak ketinggalan juga program majalah seperti “Kecoh Dapur Khas Raya†dan majalah kanak-kanak, “Parlimen Miniâ€.
Bakal bersiaran telefilem menarik “Makbul Sekerdil Doaâ€, “Kecoh-Kecoh Rayaâ€, “Roti Canai Kuah Rendangâ€, “Janji Hatiâ€, “Berhantunya Rayaâ€, “Rekah†dan “Stailista Cintaâ€. Begitu juga candawara bertajuk “Raya Oh Rayaâ€, juga filem “Mencari Cinta†gandingan Nora Danish dan Rusdi Ramli.
Sementara itu, TVi meneruskan tradisinya menyediakan empat drama eksklusif iaitu “Kelap-Kelip†(Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Nas T), “Kecoh-Kecoh Raya†(Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz), “3 Hari 7 Likur†(Uqasha Senrose, Shah Iskandar), dan “Seronding Daging Abang Sado†(Mustaqim Bahadon, Najua P.Ramlee).
TVi turut memaparkan program majalah iaitu “Kuih Raya Nik Michealâ€, “Kecoh Dapur Khas Rayaâ€, “Cerita Raya Kitaâ€, “Teh Tarik Che Ta Syawal†dan “Ikan Di Laut Asam di Darat†juga menghangatkan malam raya program siaran langsung, “Salam Aidilfitriâ€.
Sebagai melengkapkan lagi kemeriahan sambutan 1 Syawal dan memenuhi selera pendengar setia saluran radio RTM iaitu NASIONALfm, RADIO KLASIK, KLfm, TRAXXfm, ASYIKfm, AIfm, dan MINNALfm turut berkongsi rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Aidilfitri ini. Begitu juga saluran radio negeri-negeri turut mengudarakan program-program khusus buat peminat setia mereka sepanjang musim perayaan ini.
NASIONALfm menyediakan rancangan ceramah “Semurni Syawal : YBhg. Ustaz Muhammad Hafiz b. Muhamad Haneefaâ€; 6 dan 7 Julai, 6.30 petang, drairama “Nur Aidilfitriâ€; 7 Julai, 3.30 petang dan bual bicara “Raya @ Kafe Gen Yâ€; 10 Julai, 12.15 tengah hari.
Menerusi RADIO KLASIK pula berhibur dengan program hiburan “Ketupat Rendangâ€; 6 Julai, 12.00 tengah hari, “Jenakaria Aidilfitriâ€; 7 Julai, 12.00 tengah hari dan drama khas Aidilfitri, “Hajat Makâ€; 8 Julai, 3.00 petang.
Saluran KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan menampilkan program hiburan menjelang Syawal “Antara Dua Benuaâ€; 5 Julai, 8.00 malam dan drama bertajuk “Bujang Raya KLâ€; 8 Julai, 11.30 pagi.
Saluran berbahasa Inggeris TRAXXfm pula menghiburkan pendengar dengan program siaran langsung “Titian Senada RTM/RTBâ€; 6 Julai, 8.15 malam dan “Asean : 10 Countries 1 Festiveâ€; 7 Julai, 11.15 pagi. Manakala radio ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program hiburan interaktif secara langsung “Riuh Asyik Edisi Rayaâ€; 6 dan 7 Julai, 8.00 pagi dan “Unplugged Edisi Rayaâ€; 6 dan 7 Julai, 3.30 petang.
Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm berkongsi program “Ucapan Hari Rayaâ€; 6 Julai, 12.05 tengah malam dan drama khas “Bunga Padang Pasirâ€; 6 Julai, 4.30 petang diikuti AIfm, saluran radio Mandarin dengan drama khas “Penghantaran Istimewaâ€; 4 hingga 12 Julai, 1.15 petang dan dokumentari “AI Aksiâ€; 4 Julai, 9.15 pagi.