in , ,

RTM Perjelas Kandungan Facabook Disalah Terjemah Secara ‘Automatik’

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara semalam, seperti yang tular di media sosial.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, apa yang dipaparkan di laman Facebook rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook. Pengguna yang mengaktifkan terjemahan automatik akan melihat terjemahan bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh sistem tersebut.

“Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook tersebut salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Agong,” kata kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa RTM telah membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubungi Meta mengenai kesilapan terjemahan ini. Meta juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan masalah tersebut.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris. “Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris.

Padahal ‘posting’ asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah. Jangan buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan fitnah,” katanya dalam catatan di Facebook.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa RTM telah membuat laporan polis, dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META berkaitan salah terjemahan oleh sistem META itu.

“META juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan ‘masalah’ tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam Facebook rasmi beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.

“Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bunuh diri sendiri).

“Jangat buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan Fitnah,”

– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

Penjelasan ini diharapkan dapat meredakan kekeliruan dan mengingatkan pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lembaga Pelancongan Sarawak Tanam Anak Pokok di Rizab Bukit Lima

Aishah Nyanyi Semula Lagu ‘Di Pinggir Kayangan’ Nyanyian Sharifah Aini