RTM sentiasa komited menyediakan program yang sesuai dan terbaik terutamanya dalam meraikan setiap perayaan besar yang diraikan di negara ini. Oleh itu, setiap rancangan yang disiarkan sememangnya menepati citarasa dan kehendak penonton sesuai dengan tema dan nilai kehidupan setiap kaum di Malaysia.
Tidak terkecuali sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 19 Februari ini. Pelbagai program khas diaturkan untuk tontonan dan hiburan seisi keluarga.
Program khas Siaran Langsung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bersiaran pada 28 Februari ini dari Taiping, Perak menemui penonton TV1 pukul 8.30 malam.
Pemilihan dua program khas mewarnai siaran TV1 pada 19 Februari ini termasuklah dokumentari bertajuk Year Of Hedgehog, pukul 10.05 pagi; dokumentari mengenai kehidupan mamalia British yang berduri iaitu landak. Ia turut memaparkan tentang bagaimana landak melindungi diri daripada ancaman.
Diikuti sebelah petangnya pukul 2.00 petang sebuah hiburan khas One Direction – Up All Night Live, persembahan konsert daripada kumpulan One Direction dengan lagu-lagu popular mereka dipersembahkan dalam “ Up All Night Liveâ€.
Meneruskan tradisinya saluran TV2 tampil dengan variasi program merangkumi rancangan hiburan, filem dan animasi untuk tontonan seisi keluarga.
Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina iaitu pada 18 Februari ini, berhibur dengan program Pesta Ang Pow 2015; pukul 10.00 malam dan esoknya 19 Februari tayangan filem animasi Tinkerbell & The Secret of The Wings; pukul 10.00 pagi, Metallic Attraction Kungfu Cyborg; pukul 2.00 petang dan Wushu The Young Generation; pukul 10.00 malam.
Pada 20 Februari pula saksikan dua filem menarik iaitu Looking for Jackie; pukul 2.00 petang dan Forbidden Kingdom; pukul 10.00 malam.
Tidak ketinggalan rancangan hiburan khas meraikan Chap Goh Mei bertajuk “Spring Melody 2015†disiarkan pada 5 Mac depan, pukul 10.00 malam yang turut diulangsiar pada 12 Mac ini, pukul 10.00 pagi.
Program Pesta Ang Pow 2015, sebuah rancangan berkonsepkan variety iaitu nyanyian, gameshow dan sketsa pendek yang menampilkan kemunculan Micheal Ang, M-Girls, Nick Chung, Stella Chung, Daniel Lee, Chelsia Ng dan ramai lagi.
Saksikan filem animasi Tinkerbell & The Secret of The Wings meminjam suara Mae Whitman, Lucy Hale, Lucy Liu, Raven-Symone, Megan Hilty, Pamela Adlon dan Angela Bartys mengisahkan Periwinkle, pari-pari dari musim sejuk berjumpa dengan Tingkerbell. Mereka menempuhi pengalaman menyeronokkan kerana berbeza musim. Tanpa disedari keseronokkan itu berubah menjadi perkara yang tidak diingini.
Dalam filem Metallic Attraction Kungfu Cyborg pula tontoni kisah De Ming yang merupakan separuh manusia separuh robot. De Ming tahu dia tidak akan menjadi manusia sepenuhnya namun dia mempunyai keazaman mengatasi kejahatan. Filem ini dibintangi oleh Hu Jun, Betty Sun, Alex Fong, Gan Wei, Ronald Cheng, Wu Jing dan Eric Tsang.
Filem Wushu The Young Generation mengisahkan seorang jurulatih Wushu menggalakkan dua nak lelakinya memasuki akademi seni mempertahankan diri. Mereka menubuhkan Kumpulan Jin Wu Men secara rahsia dan berlatih wushu sehingga mereka meningkat dewasa. Pelbagai rintangan dan cabaran yang mereka hadapi sepanjang perjalanan mereka ke pertandingan wushu. Pelakon Sammo Hung Kam-Bo, Wang Wenjie, Liu Fengchao, Wang Xiaofei dan Wang Yachao.
Memberikan sumber inspirasi kepada semua dalam mengejar cita-cita, saksikan filem Looking for Jackie lakonan Zhang Yishan, Jackie Chan, Hua Tian dan Yongshou Zhang berkongsi kisah Zhang Yi-shan, seorang remaja yang tinggal di Indonesia bersama neneknya, nekad ke Negara China bertemu dengan idolanya Jackie Chan. Namun pelbagai rintangan yang perlu dilalui sebelum bertemu dengan idolanya itu.
Penyatuan Jackie Chan dan Jet Li dalam Forbidden Kingdom tidak kurang hebatnya. Turut dibintangi oleh Micheal Angarano dan Collin Chou, kisahnya tentang penemuan kayu sakti oleh Jason, remaja Amerika yang obses dengan Kung Fu membawanya ke satu pengembaraan hebat di China malah berjuang bersama pahlawan China untuk membebaskan Raja Monyet dari penjara.
Istimewa Chap Goh Mei menerusi program “Spring Melody 2015â€, penonton berpeluang menyaksikan konsert yang dirakamkan di Nanning, China. Antara artis Malaysia yang menjayakan konsert ini ialah Erul Khairul, Jerly, Pop Teen dan 32 penari serta 12 pemain dram. Mereka bakal beraksi bersama-sama artis luar Negara (Nanning, Macau, Australia, Hong Kong, Shenzen, Guangxi dan Guangzhou. Konsert ini menampilkan Lizz Lee (Malaysia) sebagai salah seorang pengacara.
Berhibur dengan program-program menarik dijanjikan RTM sepanjang Tahun Baharu Cina ini.