in

RTM Anjur Program Jeyarawara Rio To Malaysia

Kemeriahan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia menjelang bulan Jun ini semakin dirasai terutama bagi seluruh rakyat Malaysia. Justeru, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) mengambil inisiatif menganjurkan program jeyarawara ‘ Rio To Malaysia’ sempena meraikan kehadiran perlawanan Piala Dunia 2014 yang penuh gilang gemilang.

Program Jeyarawara Rio To Malaysia

Program Jeyarawara “ Rio To Malaysia” Di Jasin, Melaka

Berkonsepkan rekreasi dan riadah bersama keluarga, program jeyarawara ‘ Rio To Malaysia’ menjadi platform terbaik untuk RTM mendekati penonton – penonton setia melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di gerai ‘Rio To Malaysia’. Ia adalah sebagai salah satu aktiviti promosi dan publisiti bersama masyarakat setempat.

[pullquote]‘Rio To Malaysia’ diadakan sempena Sambutan Piala Dunia Rio De Janeiro Brazil 2014. Sebagai stesen penyiar berlesen dalam acara meriah ini, RTM mengambil peranan penting bagi mempromosikan FIFA 2014.[/pullquote]

Melaka adalah destinasi pertama program jeyarawara’ Rio To Malaysia’ pada 12 April 2014, Sabtu ini bertempat di Taman Sri Kemendor Rim, Jasin bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sempena kehangatan perlawanan Piala Dunia 2014, RTM yang kini menyambut ulang tahun ke – 68 lebih peka dengan perisian program sukan dan hiburan yang lebih padat dan terus memberikan manfaat kepada para pengunjung dan peminat.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi gerai RTM sempena Bola ‘Rio To Malaysia’, yang bertempat di Taman Sri Kemendor, Jasin, Melaka. Aktiviti bermula pukul 9.00 pagi dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak serta pelbagai permainan dan kuiz berkonsepkan perlawanan bola Piala Dunia. Selain itu program ini juga menampilkan artis popular seperti Azrul Raja Lawak, Munir, dan penyampai sukan, Akhtar. Mereka akan berganding tenaga dengan pengacara Selamat Pagi 1Malaysia, Iesya Toh untuk memberi hiburan dengan telatah yang mencuit hati. DJ-DJ popular dari NEGERIfm akan bersama dalam membuat persembahan nyanyian ‘busking’.

Antara aktiviti menarik sempena ‘Rio To Malaysia’ ialah Pertandingan Mewarna, Kuiz Rio2 Malaysia, Teka Bola, Fault Ball, Timbang Bola, Pening-Pening Bola, Jaringan Emas , Rembat Sampai Gol serta pelbagai lagi permainan dan telematch. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan Ikon RTM, DJ Radio , penyampai serta artis tempatan serta pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.

‘Rio To Malaysia’ akan berlangsung selama satu hari di empat lokasi luar bandar yang berasingan, bermula di daerah Jasin, Melaka (12 April 2014), PDK Felda Kerteh 2, Terengganu (26 April 2014), Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor (11 Mei 2014) dan Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang (25 Mei 2014).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Hadiah RM50,000 Dalam Kunci AM Krew Hot FM

Che Ta Mahu Hadiahkan Anak BMW X6