Kuih Makmur – 2 Oktober, 10.00malam
Murnah atau lebih dikenali sebagai ”Mak Mur” dikalangan orang kampung tinggal bersendirian di rumah peninggalan arwah suaminya. Dia mempunyai dua anak iaitu Mustakim dan Mastura yang tinggal di bandar.
Kedua anak-anaknya amat menghormatinya dan kasih sayang mereka sekeluarga masih erat walaupun tidak tinggal sebumbung malah mereka hanya pulang ke kampung pada Hari Raya sahaja. Anak-anaknya menggesa supaya Mak Murnah tinggal di Kuala Lumpur bersama mereka namun Mak Murnah enggan kerana dia lebih selesa tinggal di kampung.
Bunga, rakan sekampungnya selalu mengapi-apikan Mak Murnah dengan mengatakan anak-anaknya tidak mengambil berat tentang dirinya. Namun Mak Murnah tidak mengendah hasutan tersebut. Mak Murnah mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam pembuatan Kuih Makmur dan tidak hairanlah namanya digelar ‘Mak Mur’ oleh orang kampung.
Malah dari perniagaan kuih makmur yang diusahakan satu ketika dulu mampu untuk menyara kedua anaknya setelah kematian suaminya akibat kemalangan. Kini, Mak Murnah membuat kuih Makmur hanya sekadar hobi, bersedekah kepada orang susah dan menjadikan aktivitinya wajib di bulan puasa.
Kali ini, Surinah dan Mustakim berjaya memujuk Mak Murnah tinggal bersama mereka selama sebulan di bulan puasa untuk menyediakan kuih Makmur bagi memenuhi permintaan hamper yang diuruskan oleh Surinah.
Suatu hari, Mak Murnah terdengar perbualan Surinah yang mengatakan kononnya kedatangan Mak Murnah menguntungkan mereka sehinggakan Surinah tidak perlu lagi bekerja-keras dan boleh bergoyang kaki sahaja.
Mak Murnah tersalah sangka dan mula teringatkan kata-kata hasutan dari Bunga yang mengatakan Sarinah hanya mempergunakan dia dan diarah seperti orang gaji. Mak Murnah nekad melarikan diri pulang ke kampung. Anak-anak Mak Murnah cemas dan keliru dengan peristiwa yang terjadi. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Fauzi Nawawi, Fauziah Nawi, Mak Engku, Rozita Che Wan, Tiz Zaqyah
Pengarah: Hitler M.Zami