Aktres dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, serentak dengan itu, dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.
Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.
Che Ta yang pernah meledak menerusi watak Kiah Pekasam berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.