Pelakon Rozita Che Wan nafi dakwaan menunjuk-nunjuk setelah dia mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy, sebuah kereta mewah. Menurut Che Ta, bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk akan kemewahan yang dimiliki. Che Tah dan Ammar ditemui pada majlis pelancaran Wajah Baharu mStar Online, di Alexis, Gardens, baru-baru ini.
Menurut isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia sekadar menjawab pertanyaan pihak media.
“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak. Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahhu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?. Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak. Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia.”
Rozita Che Wan mengakui risau tentang kemungkinan tersebut. Hadiah yang diberi sebagai tanda penghargaan kepada anaknya sebagai galakkan dan pendorong untuk lebih maju dalam pelajaran.
Baru-baru ini Ammmar mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru Che Tah berhasrat mahu membleikan anaknya itu sebuah kereta mewah jenis BMW X6. Bagaimanapun Ammar memilih kereta lain iaitu kereta jenis Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.