in , ,

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask

Tahniah buat Rozita Che Wan yang telah dilantik menjadi duta produk Himaya Premium Hijab Medical Face Mask. Tahniah juga buat Himaya yang telah melancarkan warna baharu untuk produk topeng muka bersama dengan Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Pelancaran Warna Baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Bersama Duta, Rozita Che Wan & Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Tanpa diketahui bilakah wabak Covid-19 ini akan berakhir, kini masyarakat perlu ‘hidup’ bersamanya dengan mematahi Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu penjarakan sosial satu meter dan memakai pelitup muka. 

Kepada wanita khususnya, pelitup muka bukan saja dipakai bertujuan memutuskan rantaian wabak itu tetapi mereka sekarang menyuaipadankan warna pelitup muka dengan warna baju. 

Mahu bergaya serta menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan itu, cantik, bergaya dan menjaga kesihatan. 

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask
Datuk KK Chua

Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd, Datuk KK Chua berkata, pelitup muka keluaran syarikatnya mendapat sambutan hangat kerana berkualiti dan mempunyai pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue. 

Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). 

Pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA). 

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask

Atas permintaan ramai, hari ini Himaya melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya. 

Kata Datuk KK Chua, pelancaran warna baru ini dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat gaya dan tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya. 

“Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,”

– Datuk KK Chua

Beliau berkata, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM. 

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask

Duta Himaya, Rozita Che Wan 

Bagi wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan, tentunya Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya. 

Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik pelakon itu kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri. 

Che Ta berkata, memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu. 

“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. 

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka. 

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain,”

– Rozita Che Wan

Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. 

Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju. 

“Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan. 

“Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,”

Rozita Che Wan

Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. 

Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. 

Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA 

Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. 

Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. 

Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal. 

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021. 

Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun. 

“Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan. 

“Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini,”

– Datuk KK Chua

Beliau berkata, ini adalah kerjasama kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya. 

“Kerjasama ini amat bermakna sekali bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara kerana ia menyerang tidak kira peringkat usia, latar belakang dan bangsa. 

“MAKNA dengan slogannya “Mengingati Makna Kehidupan” (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita,”

– Datuk KK Chua
Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask
Puan Farahida Mohd Farid

Pengurus Besar MAKNA 

Sementara itu, Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata, kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. 

“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,”. 

– Puan Farahida

Sumbangan Kempen 

Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. 

Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja. 

Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’ . 

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask
Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV AlHijrah Jadi Perintis Guna Jurubahasa Isyarat Dalam Program Keagamaan

Astro Siar Tayangan Eksklusif ALL TOGETHER NOW MALAYSIA