Pada jam 3 petang semalam, telah berlangsung Majlis Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta produk Idola keluaran syarikat G2 Network Sdn Bhd di Hampshire Place, Kuala Lumpur. Tahniah Budiey ucapkan buat Che Ta. Tidak putus-putus rezeki datangnya mencurah-curah, kan? Alhamdulilah, syukur bebanyak.
Pada majlis berkenaan, selain Che Ta yang ditemani suaminya tercinta Zain Saidin, turut hadir pengasas G2 Network Sdn Bhd iaitu Datuk Dr Ng Kuak Ping dan Datin Kong Siew Mee serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut Sally Bador.
Selain mengumumkan akan ke Mekah pada bulan depan bagi mengerjakan umrah untuk menunaikan nazar, Che Ta katanya masih belum bersedia untuk kembali berlakon buat masa ini kerana enggan berjauhan dengan anaknya.
Biarpun tawaran diterimanya cukup banyak namun dia terpaksa menolak secara baik dan hanya memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Bukan tidak mahu tetapi belum bersedia. Insya-Allah jika semuanya sudah stabil dan anak pun dah besar sikit saya akan kembali berlakon.”
Dalam perkembangan lain, Rozita berkata, dia tertarik untuk menerima tawaran duta produk Idola kerana berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 17 kilogram hanya dalam masa dua bulan.
Jelas Rozita, atas dasar itu juga dia bersetuju dan yakin dengan produk tersebut biarpun ia masih baharu dalam pasaran.
“Selepas bersalin berat badan saya 74 kilogram dan selepas mencuba Idola, berat turun kepada 58 kilogram hanya dalam dua bulan. Mereka sudah membuat tawaran itu semasa kandungan saya berusia enam bulan namun saya tidak terus bersetuju kerana ingin mencuba terlebih dahulu,” ujarnya yang mengikat kontrak selama setahun dengan jenama itu.
Tahniah Che Ta.