in , ,

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bakal Nikah Julai 2013

Di muka hadapan Harian Metro pada hari ini, terpamer dua wajah pasangan sejoli, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang katanya telah mendapat restu dari ibu untuk bernikah Julai 2013.

Akhirnya pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, berani membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bernikah.

Rozita-Che-Wan

Che Tah juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan.”

Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Menurutnya, ibunya tidak menghalang hubungannya dengan jejaka itu walaupun jarak usia mereka 13 tahun.

Keputusan Che Ta mahu menamatkan zaman bujang meleraikan segala spekulasi dan gosip yang tak baik  tentang cinta pasangan ini yang selama ini banyak menerima komen-komen yang tak begitu memberangsangkan atau komen yang negatf di media sosial. Ternyata, ramai sekali yang mencemuh mereka nak kahwin. Bagi Budiey, itu tak kisah la sebab itu hak masing-masing. Hidup mereka, biarla mereka tentukan hala tuju. Bukan kita yang patut komen. Tapi biasalah orang ramai pasti akan bercakap kat belakang.

Sebelum ini, pasangan ini mahu berkahwin pada hujung tahun ini tapi sekarang dah lain, bermakna mereka akan bernikah lebih awal iaitu bulan Julai. Jangan lupa jemput Budiey ya, Tak sabar nak ambik video korang berdua bersanding. Sama cantik sama padan.

Bagi Che Ta, Zain Saidin ni memang seorang yang berani sebab ramai-ramai yang dikenalinya, dia seorang sahaja yang ajak nak kawin. Yang lain, semuanya mahu berkawan rapat dan bercinta je.

“Zain seorang yang romantik dan paling penting sekali berani untuk melamar saya.”

Che Ta akan menyambut hari jadinya yang ke 42 pada Mac bulan depan. Dengarnya, Che Ta dan Zain bukan sahaja rapat masa pengambaran Oh My English! malah mereka turut meluangkan masa untuk bercuti bersam pada Tahun Baru Cina yang lepas di Singapura.

Che Ta senang dengan silap Zain yang rileks dan cool, tenang dan pendiam. Pasangan ini juga akan muncul dalam pengambaran program masakan Masterchef Selebriti musim kedua yang akan bermula pada 7 Mac ini.

Zain Terkejut

Sementara itu, dalam akhbar sama Zain Saidin pula berkata dia terkejut dengan keputusan kekasihnya itu untuk mengakhiri kisah cinta mereka lebih awal.

Dia mengakui belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Memang sebelum ini saya tak terfikir langsung untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat tapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut tentang tarikh yang sesuai.”

Semua ini melibatkan persiapan yang rapi dari sekarang untuk menjadikan majlis itu nanti lebih lancar. Malahan membabitkan dua belah keluarga.

“Macam-macam benda kena buat dan dirancang sebelum bernikah. Lagi pun masing-masing tengah sibuk dengan berlakon. Nak tak nak, kena rancang sebaiknya. Saya harap, perkahwinan nanti berkekalan dan menjadikan majlis kami terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat. Saya pernah beritahu dia, apabila pendapatan menjadi bersama, dia tak perlu lagi bekerja keras. Tapi pastinya lepas kahwin nanti mesti ada cabaran. Mungkin dia lebih fokus kepada bidang pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa yang banyak. Apa yang penting, fokus kepada keluarga dan suami tu lebih penting.”

Bagaimanapun adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu berharap perkahwinannya nanti berkekalan dan menjadi majlis terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Gala Filem Rock Oo Berlangsung Meriah

Seribu Satu Keindahan Kiridara di Luang Prabang Laos