SEJAK 13 Oktober lalu, penyanyi Nombor 1 Malaysia ini tidak henti-henti telah menerima ucapan tahniah daripada ramai peminatnya.
Kandungan yang kini berusia empat bulan itu telah membuatkan Datuk Siti Nurhaliza tak sabar untuk berkongsi dengan pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata mengenai rawatan yang diterimanya.
Terbaharu, kakak ipar merangkap pengurus Siti, iaitu Rozi Abdul Razak telah berkongsikan detik pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh Siti sepanjang perkahwinanya bersama dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 11 tahun lalu.
“Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan alami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan.
“Mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum. Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya.
“Malah beliau aktif beriadah, senaman dan jaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan bertambah,†katanya di caption posting tersebut.
Rozi juga sering kali memberitahu bahawa Siti dan Datuk K tak pernah berhenti mencuba untuk mendapatkan zuriat walaupun ada banyak mulut yang mengatakan kononnya mereka tidak mahu berusaha.
Siti juga sanggup menolak banyak undangan nyanyian di konsert besar kerana mahu memberi fokus kepada rawatan yang dijalankan.
Jadi sebab itulah kita selalu tengok perubahan pada tubuh badannya. Mungkin kerana tak sanggup untuk menolak undangan, sehingga membuatkan Siti mengambil keputusan untuk menangguh rawatan.
“Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak atur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
“Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahaya mata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan.
“Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita yang belum dikurniakan cahaya mata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya,†kata Rozi lagi.
Benar lah, sungguh besar pengorbanan Siti sebenarnya. Selama 11 tahun dia melakukan rawatan dan akhirnya tahun ini usahanya diperkenankan oleh-Nya.
Jadi, pada mana-mana netizen yang kata kononnya Siti dan Datuk K tak usaha untuk mendapatkan zuriat, anda salah! Kita tak tahu apa yang mereka dah usahakan dan tak perlu untuk kita mempertikaikan usaha itu.
Mudah-mudahan Siti dan bayinya sentiasa dalam keadaan yang sihat. Ramai juga yang tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang dinantikan selama 11 tahun tu.