Menerusi satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di Tiktok, Rosyam Nor meluahkan perkara ini dan berkata terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya kaum lelaki.
Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.
– Rosyam Nor
Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.
Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu dan ada juga yang tidak.
Bukan tu jer, ada juga segelintir netizen yang menganggap pendapat Rosyam sebagai jauh menyimpang selain mempersoalkan tentang di mana pusat pelacuran sepatutnya dibuka di Malaysia.