in , ,

Rossa Kembali Dengan Lagu Religi, Khanti Jadi OST Bidadari Bermata Bening

Pernah muncul dengan lagu berkonsepkan kerohanian iaitu Ayat-Ayat Cinta, kali ini penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa kembali dengan lagu berkonsepkan sama berjudul Khanti.

Menariknya, Khanti merupakan hasil kerjasama antara Rossa dan Melly Goeslaw serta Andi Rianto dan ia merupakan projek pertama mereka dalam sebuah single untuk Ramadan dan menjadi lagu OST untuk drama bersiri Bidadari Bermata Bening.

“Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan lagu berkonsepkan kerohanian khas dalam bulan Ramadan. Sebelumnya, saya tidak pernah mencuba.
“Jadi saya gembira kerana ini merupakan satu pengalaman yang baru buat diri saya. Tambahan pula, saya juga berkolaborasi dengan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing,”

– ROSSA

Mengenai lagu berkenaan, Rossa memberitahu Khanti yang menjadi judul kepada lagu tersebut bermaksud sabar yang merangkumi pelbagai aspek dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup.

Jelasnya lagi, lagu terbaharunya itu juga telah dilancarkan pada 31 Mac lalu di bawah naungan Label Inspire Music.

Bidadari Bermata Bening merupakan drama bersiri di Viu Original yang diadaptasikan daripada novel terlaris Indonesia karya Habiburahman El Shirazy yang juga merupakan penulis novel hebat lain seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika cinta Bertasbih. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALYA IMAN

Alya Iman Buat Kejutan, Posting Gambar Sudah Tidak Lagi Bertudung

Maxis Lancar Filem Raya Maxis Dengan Tumpuan Kepada Generasi Z