Ketika teater arahannya ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ sedang giat menjalani persiapan untuk pementasan pada pertengahan Mei ini, berita mengejutkan telah diterima apabila pengarah, Rosminah Tahir telah dimasukkan ke hospital selepas diserang angin ahmar.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi latihan sedang berlangsung dan keadaanya kini dilaporkan stabil dan sedang berehat untuk proses pemulihan.
Marilah sama-sama kita doakan agar Rosminah cepat sembuh dan dapat meneruskan tanggungjawabnya untuk memberikan yang terbaik dalam pementasan teater yang menampilkan bintang-bintang hebat seperti Adi Putra dan Nasha Aziz.