[dropcap]S[/dropcap]uria FM kini membawakan Halim Othman dan Adibah Noor menjelajah ke negeri di bawah bayu yang cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadi, dan budayanya, Sabah. Buat semua penduduk di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu, kini anda berpeluang untuk menemui pasangan Ceria Pagi di dalam program Ronda Impian Ceria Pagi. Berlangsung selama seminggu bermula 24 Jun 2013 hingga 28 Jun 2013, Halim Othman dan Adibah Noor akan mengendalikan segmen Ceria Pagi bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi selama seminggu di pejabat dan konti baru Suria FM Sabah, di KK Times Square. Berlangsung semalam di The Pacific Sutera Harbour, majlis sidang media ini dihadiri oleh pihak pengurusan Suria FM, para penyampai Suria FM Sabah serta Halim Othman dan Adibah Noor.
Selain melakukan tugas harian, mereka akan meronda ke kawasan yang menarik di sekitar Sabah. Suria FM telah membuka peluang kepada pendengar di Kota Kinabalu untuk lebih dekat dengan pasangan Ceria Pagi dan menjadi pemandu peloncong mereka! Lima pemenang dipilih berdasarkan jadual perjalanan mereka yang dihantar menerusi laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my dan mereka akan mengikuti Halim Othman dan Adibah Noor ke destinasi pilihan mereka. Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana menaja pengangkutan dan perjalanan sepanjang pasangan Ceria Pagi berada di Sabah.
Bagi mengeratkan hubungan diantara pasangan Ceria Pagi dan para pendengar di Sabah, Halim Othman dan Adibah Noor mempunyai misi untuk mendapatkan 20,000 salam dari penduduk sekitar kawasan yang akan mereka lawati dalam masa seminggu. Mari ramai-ramai bersalaman dengan mereka dan jadikan misi 20,000 salam ini satu realiti.
Jadi, ingin mengetahui dimanakah Halim Othman dan Adibah Noor berada selepas mereka keudara? Dengarkan Suria FM atau layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui destinasi terkini perjalanan mereka. Terima kasih buat semua pendengar Suria FM yang berada di Kota Kinabalu atas sokongan dan kesetiaan bersama Suria FM. Untuk lebih dekat, like Suria FM di Facebook atau follow kami di Twitter @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Duniamu.
Pemenang Ronda Impian Ceria Pagi
Hari pertama – Raimon @ Ahmad Tarmizie Bin Ahoi
Hari Kedua – Karatika Sari
Hari Ketiga – Siti Aisyah Malek
Hari keempat – Florence Silimon
Hari Kelima – Rozzer Bin Achong
Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah berfrekuansi 105.9FM. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun.