in , ,

Rock’n Riuh! Bersama Unifi di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur

‘Rock’n Riuh! Bersama Unifi’ Kembali Ke Lembah Klang, Bakal Tarik Lebih 20,000 Pengunjung Di Kuala Lumpur

ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ yang merupakan edisi keenam program Kembara RIUH bakal diadakan pada 16 hingga 18 Disember 2022 bertempat di Bukit Kiara Equestrian Resort. Edisi yang diadakan dengan kerjasama strategik perkhidmatan jalur lebar Unifi kali ini menyasarkan lebih 20,000 pengunjung. 

Kembara RIUH yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative) bertujuan memperkasa penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara. Industri ini dilihat dapat membantu mencapai pembangunan inklusif dan peningkatan ekonomi kreatif serta memainkan peranan dalam mengurangkan jurang pendapatan. 

Industri kreatif turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan negara serta jati diri bangsa dalam membina negara yang berdaulat berlandaskan Rukun Negara. Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Junady Nawawi berkata, “Kembara RIUH telah mendapat sambutan baik di Johor, Sabah, Melaka, Kelantan dan sebelum ini di Perak. Adalah diharapkan ia akan terus menjadi satu platform pemangkin pada skala nasional yang memberikan pendedahan mengenai pasaran, peluang pekerjaan serta membangkitkan semangat perpaduan melalui industri kreatif.’’ 

POSTER - 'ROCK'N RIUH! BERSAMA UNIFI'

‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ bakal membawakan pelbagai aktiviti seperti persembahan muzik, tarian moden dan tradisional, pameran seni, gerai pop-up, termasuk aktiviti komuniti seperti golf mini dan papan selaju. Pelbagai bengkel kreatif serta demonstrasi tradisional dan kontemporari seperti mencanting batik, sulaman, tufting, membuat terrarium dan banyak lagi yang akan diadakan. 

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan istimewa para penghibur tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Ella, IamNeeta, Aizat Amdan, K- Clique, dan ramai lagi. 

Kembara RIUH kali ini bakal membawakan kelainan yang pastinya memukau pengunjung dengan persembahan ‘CLOUD’, sebuah pameran seni berunsur projection mapping dan asap yang menghasilkan figura seni. ‘CLOUD’ dibawakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dari program Art In The City (AITC) yang merupakan unit di bawah MyCreative. 

Industri kreatif tanah air telah diiktiraf Kerajaan sebagai salah satu industri strategik berimpak tinggi yang diberi tumpuan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) dan disasarkan menyumbang sebanyak RM31.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025. Program Kembara RIUH adalah platform pencetus pertumbuhan usahawan kreatif yang menyediakan kebolehpasaran serta peluang pengkomersialan produk dan bakat bagi menyemarakkan ekonomi kreatif. 

Keseluruhan program Kembara RIUH ini dijangka mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan dan menyokong lebih 5,000 penggiat serta perniagaan kreatif tempatan di 14 lokasi di serata tanah air. 

Kerajaan akan terus komited untuk menyemarak semula industri kreatif dan amat prihatin tentang kepentingan industri ini dalam pembangunan negara.

Usaha Kerajaan melalui Agensi Kumpulan MyCreative ini terbukti berjaya menghimpunkan usahawan dan penggiat kreatif tempatan daripada 10 cabang industri kreatif khususnya dalam membangunkan ekosistem kreatif tempatan melalui jalinan strategik seperti program Kembara RIUH yang menghubungkan usahawan serta penggiat kreatif tempatan dengan komuniti setempat. 

Sehubungan itu, seluruh warga Lembah Klang dan negeri-negeri berhampiran adalah dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada para usahawan, penggiat industri kreatif tempatan di ‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’. 

Mengenai MyCreative Ventures Sdn Bhd 

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”/“Kumpulan MyCreative”) ditubuhkan dengan objektif untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan strategik dan inovatif. Diperbadankan pada tahun 2012, MyCreative merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dibawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital. Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit di bawahnya iaitu R!UH dan CENDANA pada tahun 2017. 

Berikutan pembukaan sektor kreatif, tumpuan Kumpulan MyCreative dipertingkat untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang disusun secara strategik, menerusi bantuan pembiayaan dan pelaburan inovatif, demi mencapai objektif utama untuk meningkatkan sumbangan ekonomi daripada sektor kreatif. 

Untuk keterangan lanjut mengenai MyCreative, sila lawati: 

www.mycreative.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Bellrossa Advances

Ada Yang Hampir Bercerai Tapi Asbab Jeli Usahawan Popular Ini Semua Berubah