Disebabkan wabak pandemik ini, penganjur tidak dapat menjamin kesihatan dan keselamatan pengunjung dan membuat keputusan sukar untuk membatalkan acara berkenaan. Pengarah Urusan InTour Live, Bonor Seen berkata pihaknya sedar bahawa keputusan itu pasti membawa kekecewaan kepada peminat yang tidak sabar untuk keluar menyaksikan kemeriahannya.
“Rockaway Festival adalah bahagian penting dari industri acara langsung tempatan dan dengan sokongan berterusan daripada peminat dan rakan kongsi, kami tekad berusaha untuk mengembalikan festival ini lagi.
“Festival ‘rock homegrown’ terbesar ini sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac lalu di Stadium Bukit Jalil dengan empat panggung dan barisan persembahan penuh yang terdiri daripada artis-artis tempatan, serantau dan antarabangsa.
“Ia membabitkan persembahan secara langsung penyanyi seperti Cross Faith, Lacuna Coil, Atreyu, M Nasir, XPDC, Project E.A.R, Hujan dan banyak lagi yang sudah pasti akan membuat persembahan,”
– Bonor Seen
Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer berkata festival ini juga mempunyai perancangan untuk mengadakan zon karnival percuma merangkumi makanan, minuman dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.
“Kami selalu merancang Rockaway Festival dengan komuniti pengunjung yang hadir sebagai teras dan platform tempatan untuk mengembangkan bakat dan kami pernah mengatakannya.
“Malah, muzik juga sentiasa ada ketika masa-masa sukar.
Ia menyatukan banyak orang tak kira bangsa, agama atau latar belakang. Justeru, kami harap semua peminat Rockaway akan terus menyokong artis lokal.
Bahkan, kami juga berharap pada waktu yang sesuai, industri ini akan kembali maju,”
– Bonor Seen
Sehubungan itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan bayaran balik sepenuhnya boleh berbuat demikian dengan melayari bit.ly/rockawayrefunds dari 29 Jun hingga 15 Julai ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest.
Sebagai alternatif, peminat juga boleh mengikuti Rockaway Fest di Instagram.