Dalam pada itu, penerbit filem berkenaan, Warner Bros menerusi satu kenyataan memberitahu media bahawa studio itu tidak akan mengulas lanjut mengenai masalah kesihatan yang membabitkan pekerjanya.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu mengesahkan bahawa seorang daripada pekerja yang menjalani penggambaran filem Ă¢â‚¬ËœThe BatmanĂ¢â‚¬â„¢ disahkan positif COVID-19.
Menurut kenyataan itu, individu berkenaan kini sedang menjalani pengasingan dan penggambaran filem berkenaan terpaksa ditangguhkan.
Sementara itu, tinjauan kami mendapati laman sesawang peminat Robert Pattinson turut dibanjiri dengan komen warganet yang mendoakan kesihatan pelakon berkenaan.
Penggambaran Ă¢â‚¬ËœThe BatmanĂ¢â‚¬â„¢ sebelum ini ditangguhkan pada Mac lalu kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Susulan penangguhan itu, filem berkenaan dijadualkan ditayangkan pada Oktober 2021.
Ă¢â‚¬ËœThe BatmanĂ¢â‚¬â„¢ yang diadaptasikan daripada komik dengan judul sama diarahkan oleh Matt Reeves dan Robert Pattinson melakonkan watak Batman atau Bruce Wayne.
Untuk rekod, Robert Pattinson menjadi bintang Hollywood terbaharu disahkan positif COVID-19. Pada Rabu lepas, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock menerusi Instagram mengesahkan dia dan keluarga positif wabak itu.