in

Road To GUAkustika 2014

Masih ingat dengan showcase GUAkustika yang dianjurkan pada tahun 2012 dan 2013? Showcase yang membariskan artis-artis popular di laman sosial www.gua.com.my ini mendapatkan sambutan cukup memberangsangkan.

Tahun ini GUAkustika bakal kembali, bagaimanapun kali ini ada kelainan yang ingin ditampilkan.

gua

Kalau dulu hanya artis-artis punya nama yang beraksi di atas pentas, kali ini portal GUA membuka peluang kepada anda yang punya bakat besar di luar sana untuk menghangatkan GUAkustika 2014.

Bagaimana caranya? Hantarkan atau emailkan link video persembahan anda yang telah dimuat naik di laman YouTube ke [email protected]

20 penyertaan terbaik akan menjalani satu ujibakat yang akan dihakimi oleh penggiat industri muzik dan hanya 10 peserta yang bakal layak ke pusingan gig, di mana anda perlu membuat persembahan secara ‘live’ di sebuah lokasi yang akan diumumkan kelak.

Pusingan gig inilah akan menentukan sama ada anda layak ke pentas akhir pada November hadapan. Hanya Top 3 yang punya peluang untuk sama-sama beraksi dengan barisan artis-artis popular. Jadi, apa tunggu lagi? Hantarkan penyertaaan anda sekarang.

Sebelum itu semak dulu syarat-syarat penyertaan:

1) Penyertaaan boleh secara solo atau berkumpulan.
2) Mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 tahun ke 35 tahun.
3) Tidak pernah terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
4) Tidak pernah punya single ataupun album. Sama ada secara mainstream, mahupun underground.

Pastikan kiriman email anda bertajuk Video Untuk GUAKustika 2014. Penyertaaan akan ditutup pada 17 Oktober 2014.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Radio Hot FM Dah Tukar Ke Cool FM?

Drama Kasih Berbisik Gabung Pelakon Tiga Negara