in , ,

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.

Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, ”selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli. 

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”

Pada kempen ini juga, Rizman Ruzaini telah menyusun banyak aktiviti menarik selain promosi tawaran harga istimewa dan sesi happy hour yang akan membuatkan RR Royalties ’rambang mata’ untuk membeli-belah. 

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

Antara aktiviti yang menanti pelanggan RR ialah sesi Meet & Greet bersama selebriti kesayangan ramai yang sebahagian besarnya terdiri daripada RR Muses sendiri seperti Mira Filzah, Diana Danielle, Marsha, Sharifah Rose, Nazim Othman, Daler Yusuf, Malek Mccrone dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi, di RR Pop Up Booth itu nanti, akan turut diadakan persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan. Pasti meriah dan gamat jadinya! 

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

Tambah Rizman lagi, dengan adanya RR Pop Up Booth ini juga memberi peluang kepada pengedar mereka, RR Icon dari seluruh negara untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan mereka. Inilah platform terbaik untuk mereka menjana pendapatan tambahan di musim perayaan ini.

Dianggarkan lebih 100,000 RR Royalties akan menyerbu RR Pop Up Booth ini sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pastinya aura produk Rizman Ruzaini itu sendiri seperti baju raya, skarf dan aksesori yang akan menarik mereka ke booth tersebut di samping tawaran menarik yang disediakan. 

Rizman Ruzaini menunggu kehadiran anda, jumpa di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersama Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Pavilion Reit Malls 

HAEL HUSAINI

Hael Husaini Simpan Lagu BINTANG Selama 13 Tahun Kini Jadi OST Drama