in ,

Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang, Kalau Boleh Nak Tahu Setiap Sudut Tentang UiTM

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu.

Mahu menggalas tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, Rizalman yang merupakan alumni UiTM dalam jurusan fesyen pada 1989 hingga 1993 tidak mahu bertindak atau membuat keputusan tanpa mengetahui apa yang terjadi.

“Alhamdulillah, sejujurnya saya terharu apabila mendapat sokongan yang sangat positif daripada pelajar, alumni UiTM serta orang ramai. Dalam fikiran saya, perkara pertama yang akan saya lakukan selepas ini adalah turun padang,”

“Bukan sahaja pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan, saya mahu bertemu dengan semua golongan termasuklah staf-staf sokongan mahal pekerja pembersihan. Mereka semua merupakan nadi utama untuk menggerakkan UiTM.

“Saya perlu peka dengan situasi semasa dan apa yang berlaku di institusi kesayangan ramai ini, barulah saya boleh membuat sebarang keputusan atau menyuntik sebarang idea. Saya tak mahu terus bertindak tanpa mengetahui apa yang jadi,”

“Kalau rumah sendiri pun kita perlu ambil tahu semua perkara, sama juga keadaannya di UiTM. Saya perlu tahu setiap sudut mengenainya,”

– Dato’ Rizalman Ibrahim
rizalman

Rizalman juga menjelaskan langkah itu diambil kerana enggan dirinya dilabel ‘berlagak pandai’ selepas menyedari jawatan sebagai pembuat keputusan adalah amanah yang besar perlu dipikulnya.

“Sebab itu saya mahu tahu selok-belok mengenainya agar keputusan dibuat adalah tepat dan mengambil kira situasi yang sedang berlaku di UiTM,”

– Dato’ Rizalman Ibrahim

Rizalman ditemubual menerusi sesi sidang media virtual bersama wartawan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rizalman juga mahu menyuntik nilai tambah kepada graduan universiti terbabit, lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan.

Dato' Rizalman Ibrahim

Harap Dapat Beri Impak Positif

“Saya ingin menambah baik taraf semua siswazah supaya dapat menyemai jasa dan bakti dengan lebih holistik kepada masyarakat di luar sana.

“Pengalaman saya dalam bidang fesyen serta keusahawanan juga akan saya kongsikan kepada mereka agar dapat memberi impak positif, bukan sahaja untuk graduan UiTM tetapi ia juga akan memberikan kebaikan untuk semua orang,” 

– Dato’ Rizalman Ibrahim

Terdaulu, Rizalman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baru oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Sebelum ini, usahawan popular pengasas FashionValet dan Duck Group, Datin Vivy Yusof pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bermula pada 26 Mei 2019 sehingga 28 September 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Perfect! Aplikasi airasia.com Super App Pelengkap Gaya Hidup Anda Setiap Hari

Impian Tercapai! Adele Teruja Jadi Pengacara Saturday Night Live Buat Kali Pertama