Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya di mana dia bersyukur dan berharap agar pihak berkaitan dapat mencontohi pemerintahan negeri Pahang.
Katanya lagi, perkara tersebut perlu dipraktikkan dalam menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi masjid.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa kerajaan Pahang telah membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin untuk menunaikan solat di Masjid dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang baharu.
Nama Rita sebelum ini menjadi perbualan netizen apabila dia mengaku enggan menerima vaksin dan turut menyebarkan beberapa hantaran di media sosial mengenai ketidak-percayaannya kepada suntikan pelali itu.
Namun begitu, dia tidak mahu digelar sebagai anti-vaksin kerana berpendapat golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak semestinya digelar dengan gelaran sedemikian rupa memandangkan keputusan untuk mengambil suntikan tersebut adalah hak individu.