Rita dengan gelak tawanya yang unik dan perwatakannya yang begitu ‘sporting’ melakonkan watak seorang pengawal keselamatan yang memberi taklimat di sekolah, berjaya membawa pulang sebuah trofi dan sekaligus melayakkan dirinya untuk terus ke minggu separuh akhir (Minggu Keenam)!
‘All Stars Buka Panggung’ merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip.
Panggung Royal Theatre, Shah Alam menjadi kecoh apabila memperlihatkan gelagat melucukan dari para peserta minggu keempat, Datuk Fizz Fairuz, Rita Rudaini, Ruhainies dan Johan As’ari yang dibantu oleh pelakon tambahan kejutan seperti Black Hanifah, Sathia, Man Raja Lawak, dan Norlia Ghani!
Tempat kedua pula diekori Datuk Fizz Fairuz dengan markah 37.32%, yang melakonkan watak cikgu yang dituduh memukul muridnya, yang kebetulan ‘anak’ kepada Sathia!
Melakonkan watak bomoh, Johan As’ari pula berjaya meraih tempat ketiga dengan 6.54% – tak kering gusi dibuatnya apabila terjumpa Norlia Ghani dalam perigi! Pelakon jelitawan Ruhainies pula mendapat tempat keempat dengan undian terkumpul sebanyak 2.88%.
Melakonkan watak sebagai seorang penjual durian, beliau kelihatan cukup terkejut apabila tiba-tiba diusik nakal Black Hanifah di kebunnya!
Lihat sendiri kekecohan yang berlaku di pautan ini untuk gambar-gambar menarik sekitar minggu keempat ‘All Stars Buka Panggung’ bagi kegunaan rakan-rakan media.
Menariknya lagi, sebagai penghargaan kepada para seniman tanah air, pihak ‘All Stars Buka Panggung’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara, menyampaikan bantuan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai RM4,000 kepada Ramli bin Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Pak Limra, seorang pelakon dan ahli Persatuan Karyawan Malaysia. Kini, Pak Limra berada di pusat jagaan warga-warga tua di Selangor.
Rita Rudaini bersama Pak Limra, penerima sumbangan kebajikan wang tunai RM4,000 dari pihak ‘All Stars Buka Panggung’
Jom sertai hos kami Ajak dan Shahrol Shiro bersama ‘Seri Dewi Panggung’, primadona Erra Fazira, dan peserta minggu kelima – Fauzi Nawawi, Noorkhiriah, Izzue Islam, dan Mona Allen – dan saksikan persaingan sengit antara mereka untuk merebut gelaran ‘Juara Mingguan’!
Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir.
Hanya 4 orang peserta sahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!
Jom tonton Siaran Langsung program terbaharu Astro Warna, ‘All Stars Buka Panggung’ (Minggu Keempat) pada 4 Oktober 2019 (Jumaat), jam 9.00 malam di Royal Theatre, Shah Alam.