Tidak melatah dengan fitnah itu, Rita berkata percaya bahawa rezeki di tangan Allah dan tidak kisah meskipun digugurkan dari senarai melakonkan drama 100 episod.
Susulan itu, Rita mengakui digugurkan oleh salah satu produksi sekaligus menjawab persoalan ramai mengenai kesahihan berkenaan berita digugurkan dari drama 100 episod.
Menurut Rita, dia mengakui digugurkan oleh salah satu produksi yang kuat mempromosikan vaksin di media sosial. Bagaimanapun, dia tidak kisah kerana Allah ada bersamanya.

“Ye memang saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu production yang kuat promote vaksin 24/7 di media sosial kerana saya belum vaksin…takpe, bila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah mudahkan kerja saya,â€
– Rita Rudaini
Terdahulu, Rita berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat job atau namanya digugurkan daripada mana-mana produksi disebabkan tidak mahu menerima vaksin kerana dia percaya dengan rezeki Tuhan.