Bila sudah jadi janda berhias, dengarnya Rita Rudaini semakin laris dan makin bertambah peminat serta rezeki. Bukan setakat kerjaya Rita je makin berkembang tapi ramai lelaki yang datang nak pikat katanya. Dengar-dengar, ada beberapa lelaki kaya berharta juta-juta, termasuklah VIP jutawan dan selebriti dalam dunia hiburan sudah mahu mendekati dan memikat Rita. Macam-macam cara dibuat untuk memenangi hati Rita termasuklah mengajak keluar makan malam dan asyik menelefon Rita. Wow, masih laku rupanya.
Pagi tadi, Budiey ada terbaca pasal gossip Rita dipikat lelaki VIP dalam BPop Berita Harian. Kata Kak Pora, ada yang sanggup berikan hadiah yang mahal-mahal dengan barangan produk berjenama. Itulah untung dan tuah seorang janda. Baru saja bercerai dan belum habis edah, dah ada lelaki yang menghimpitnya. Bila ditanya kepada Rita, dia setakat ini masih belum bersedia nak jadi isteri orang. Tak nak fikir pasal kahwin dan tak mahu cari pengganti suami sebab dia nak cari ketenangan dulu. Ye lah, betul gak tu. Nanti, bila dah ada laki nanti macam-macam masalah pula yang datang.