Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
Selamat pengantin baru keppada pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, sah bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu. Bapa pemain bola sepak itu, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas. ‘‘Di sini, saya mahu mengesahkan anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Selepas lebih 10 bulan bergelar suami isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, akhirnya membuka cerita ‘pernikahan rahsia’ mereka. Kepada Aidil, dia terbuka hati untuk mendedahkan kehidupan rahsia mereka itu kepada keluarga kira-kira sebulan lalu selepas Rita disahkan hamil dua bulan.
“Saya tidak berniat membelakangkan keluarga, cuma masanya belum sesuai. Saya mendapat kekuatan untuk memberitahu status kami selepas Rita hamil dan kami akan mendapat anak,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Rita di Hotel Crown Princess di sini semalam.
JIKA dulu makan pun sembunyi-sembunyi, kini Rita sudah selesa menyuap makanan ke mulut Aidil Zafuan selepas sidang akhbar mereka di Kuala Lumpur semalam. Hanya Aidil yang banyak bercakap pada sidang akhbar itu sementara Rita lebih suka mendiamkan diri selepas difahamkan sedang berhadapan dengan alahan teruk prakehamilan.
Pasangan itu bagaimanapun masih berahsia mengenai punca tindakan mereka bernikah di Selatan Thailand pada 25 Februari lalu.
“Kenapa kami pilih nikah di sana, itu biarlah jadi rahsia kami,” katanya.
Menurut Aidil, dia mengambil keputusan menikahi Rita setelah yakin bersedia menjadi suami dan ketua keluarga meskipun usianya jauh lebih muda.
“Soal perbezaan umur kami bukan halangan bila sudah serasi,” katanya.