Manakan tidak, Rita Rudaini memaklumkan bahawa dia telah menerima makanan yang ditempah dengan cara meletakkan di tempat pembuangan sampah dan terdedah.
Kecewa dengan perkara tersebut, Rita Rudaini menzahirkan perasaan ‘bengang’ dengan memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Benda makan..rezeki..letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. Makanan diletakkan atas tempat pembuangan sampah pula tu.
Meskipun kesal dengan kejadian itu, Rita menegaskan bahawa dia sama sekali tidak ‘pukul rata’ semua penghantar makanan mempunyai sikap seperti itu.