in ,

Drama Khas Aidiladha RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA di TV2

Sesungguhnya walaupun sebesar mana jumlah korban yang dilakukan oleh umat Islam, masih tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang melakukan pengorbanan paling agung dalam hidup Baginda. Melakukan korban juga adalah untuk mengenang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail. Allah akan memberikan satu lagi ganjaran pahala kepada orang yang melakukan korban itu.

Menghayati sambutan hari raya korban penuh keberkatan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan dua drama khas kepada penonton setia salurannya pada 17 September ini menerusi drama bertajuk “Rindu Bertemu Tuhan”, pukul 3.00 petang dan “Jalan Sehala”, pukul 9.30 malam. Kedua-duanya disiarkan menerusi saluran TV1.

RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA

Drama Khas Aidiladha RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA Pada 17 September Ini di TV1

[dropcap]M[/dropcap]enampilkan pelakon Ana Dahlia, Zizan Nin, Ramona Zamzam, Kismah Johar, Lia Natalia dan Idris Mat Diah, “Rindu Bertemu Tuhan” mengisahkan Azlan menemui titik perubahan hidup setelah didiagnos kanser dan dia bakal menemui ajalnya. Dia mengalami kemurungan dan meninggalkan kehidupan duniawi. Namun pertemuan dengan Sakinah, seorang gadis buta menyambung nafas semangat hidupnya dan melahirkan zuriat untuknya sebelum pergi bertemu Tuhan.




[pullquote align=”right”]Diikuti sebelah malamnya, drama “Jalan Sehala” berkongsi kisah Ajis lakonan Azhan Rani yang dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman atas kesalahan lampau.[/pullquote]

Beliau betul-betul insaf dan bertekad menebus segala kesalahan dan mendekatkan diri pada Tuhan. Ajis dihantui rasa bersalah yang amat sangat sehingga terbanyang bayang perkara yang menakutkan. Beliau berusaha kembali ke kampung asal untuk bertemu dengan keluarganya.

Dalam perjalanan beliau bertemu dengan Ally (Reen Rahim) yang lari dari rumah dan tidak tahu hala tuju. Berlaku insiden dimana beberapa lelaki cuba mengganggu Ally, hingga menyebabkan Ally cedera dan dimasukkan ke hospital. Ajis meneruskan perjalanan dan tibanya di kampung beliau tidak diterima adik-beradiknya dan dimaklumkan isterinya telah meninggal dunia dan anak-anaknya diserah kepada orang lain.

Ajis terus berusaha menjejakinya anak-anaknya sehinggalah dapat bertemu dengan anak-anaknya. Kebetulan Ally yang diselamatkan Ajis rupanya anak kandungnya dan Haiqal yang ditemui di kubur isterinya, juga anak kandungnya.

Drama ini turut dilakonkan oleh Sherry Merlis (Halimah) dan penampilan khas Imam Muda Najdi (Haiqal).

RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Bakal Anda Alami Apabila Menginap di Aston Kuta Hotel & Residence Bali

Fizz Fairuz & Zamarul Hisyam Dalam Telemovie ANTARA DUA HARI RAYA