in ,

Rina Harun Tampil Mohon Maaf, Perjelas Tindakannya Suap Anak Fendy Caliph Buskers

Sejak semalam kisah pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun menjadi perhatian ramai yang kini kesusahan selepas setahun lebih bergantung dengan wang simpanan untuk menyara kehidupan bersama anak perempuannya.

Kisah Fendy itu turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengunjungi kediaman Fendy untuk menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, kunjungan Rina itu menguncang kecaman netizen apabila dikatakan tidak mematuhi SOP apabila menyuapkan makanan kepada anak Fendy, Nur Azaela Zafirah yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Fendy berharap orang ramai memahami keadaan anaknya yang cacat penglihatan dan mengalami masalah autisme.

Rina Harun Tampil Mohon Maaf, Perjelas Tindakannya Suap Anak Fendy Caliph Buskers

“Anak saya ni buta dan autisme, dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun.

“Dia sendiri minta suapkan makanan tu untuknya, budak autisme ni lain tau. Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harap dia faham seperti mana kita faham,” katanya.

Dalam pada itu, Fendy berkata anaknya itu sentiasa mahukan perhatian daripada orang terdekat dengannya dan mahu permintaannya dituruti jika sudah selesa dengan orang berkenaan.

“Kalau kanak-kanak normal senang nak explain, tapi anak saya ni lain, kena layan dia dan meraikan dia. Jika apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk dalam keadaan yang terkawal,” katanya.

==

Berhubung tindakan menyuap anak perempuan Fendy Caliph Busker makanan ketika menyantuni keluarga terbabit di ibu negara pada Sabtu sehingga menerima kecaman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun tampil memohon maaf. 

Dalam satu kenyataan media, Rina antara lain menzahirkan permohonan maaf susulan tindakannya itu yang mendapatkan banyak komen daripada orang ramai. Tambah Rina, kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan dan austisme. Malah kanak-kanak itu tambahnya, tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu. 

“Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin akan pematuhan SOP dalam usaha menangani penyebaran wabak COVID-19. Berikutan berita yang tular berkenaan tindakan saya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak OKU bernama Nur Azalea Zafirah, berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada saudara Fendy Adlun, pemuzik Caliph Buskers. 

“Saya memohon maaf andai kiranya tindakan responsif saya tidak menyenangkan mata dan menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak. Untuk makluman semua, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya. 

“Namun kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dalam menyuapkan makanan kepada anaknya. 

“Hati saya menjadi lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut “Nak Aunty suapkan…” kepada saya.

– RINA HARUN

Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dlam menzahirkan rasa kasih sayang saya sebagai seorang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi buat insan yang kurang bernasib baik ini,” jelas Rina. 

Tegasnya, beliau sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa dengan menggunakan sanitasi tangan sebelum dan selepas menyantuni kumpulan sasar memerlukan bantuan. Bagaimanapun, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap orang ramai yang sedia menegurnya bagi memperbaiki tugasan sehariannya. 

“Terima kasih sekali lagi buat komen-komen yang membina yang diberikan dalam usaha memperbaiki tugasan, amanah dan tanggungjawab kebajikan yang saya usahakan. Semoga kita terus dilindungi dan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 ini dengan segera,” ujar Rina lagi. 

Kejadian itu tular dalam media sosial apabila Rina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal malah menyuapkan anak orang secara sentuh semasa kunjungan ke kediaman Fendi pada pagi Sabtu. 

Dalam lawatan itu, Rina turut menyalurkan Bantuan Bakul Makanan kepada permain dram kumpulan Caliph Buskers serta menyelaras proses permohonan OKU beliau setelah Elaun Pekerja OKU tamat pada tahun 2019. 

Turut disampaikan, sumbangan tunai Yayasan Kebajikan Negara dan juga Tabung Bantuan Segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fendy Caliph Buskers Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Mohon Rumah PPR

Atikah Suhaime Pelik dengan Algoritme IG, Kurang Dapat ‘Like’ Tapi Pengikut Ada 1 Juta