in

Rilakkuma Kini Boleh Didapati di 7-Eleven Malaysia

7-Eleven Malaysia Sdn Bhd meraikan kedatangan tahun 2015 dengan memperkenalkan salah satu watak yang paling terkenal di Jepun, Rilakkuma. Berasal dari sebutan ‘rileks’ dan ‘beruang’ dalam bahasa Jepun, Rilakkuma menjadi bualan ramai apabila diperkenalkan pada tahun 2003. Untuk masa yang terhad, peminat Rilakkuma berpeluang memiliki ‘Tumbler’ dan ‘Dust Plug’ Rilakkuma yang datang dalam 4 reka bentuk menarik.

Rilakkuma

Pelanggan boleh memiliki koleksi ini apabila membeli mana-mana baranganan promosi Riuh 2015 atau jenama produk yang mengambil bahagian di seluruh cawangan 7-Eleven Malaysia dari 6 Januari 2015 hingga 9 Mac 2015 (tidak termasuk Langkawi). ‘Tumbler’ Rilakkuma dijual dengan harga RM 11.90 (harga runcit RM 19.80) dan ‘Dust Plug’ Rilakkuma dijual pada harga RM 4.80 (harga runcit RM 8.00) setiap satu.

“Rilakkuma telah menjadi satu ikon popular bukan sahaja di Jepun, tetapi juga di seluruh rantau Asia. Oleh itu untuk meraikan tahun 2015, kami memberi peluang kepada semua pelanggan 7-Eleven Malaysia untuk mendapatkan koleksi ini untuk kegunaan harian, atau untuk koleksi peribadi. Koleksi eskslusif ini hanya boleh didapati dalam masa yang terhad, jadi jangan lupa untuk merebut peluang keemasan ini!” Kata Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Gary Brown.

Promosi ini adalah sebagai satu permulaan dari pihak kami khas untuk para pelanggan dan lebih banyak peluang menarik bakal menyusul dalam tahun ini jadi, jangan jangan lupa untuk layari laman Facebook kami di “7ElevenMalaysia” untuk mendapat informasi terbaru!”

Karakter Rilakkuma dikenali dengan sikap yang tenang, acuh tidak acuh dan gemar bersantai. Beliau adalah peminat setia penkek dan sering ditemani oleh adiknya, Korilakkuma yang dikenali sebagai beruang putih misteri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/7ElevenMalaysia

Info 7-Eleven Malaysia
7-Eleven Malaysia adalah pemilik dan pengendali cawangan 7-Eleven di Malaysia. Ditubuhkan pada 4 June 1984, 7-Eleven Malaysia telah mencipta nama sebagai ikon peruncit terkenal selama 30 tahun. Kami adalah perintis dan pengendali cawangan terbesar kedai 24 jam di Malaysia.

Setelah mencapai kejayaan 1,000 buah cawangan, buat kali pertama dalam sejarah peruncitan Malaysia, 7-Eleven Malaysia membuka pintu kepada usahawan tempatan melalui program francais pada tahun 2009.

Dengan lebih 1700 cawangan di seluruh Malayisa, 7-Eleven Malaysia menerima lebih 900,000 pelanggan setiap hari. Kedai 7-Eleven boleh didapati di seluruh daerah komersial yang sibuk mahupun di pinggir bandar, dari stesyen minyak dan LRT ke pusat membeli-belah dan institusi perubatan bersesuaian dengan slogan 7-Eleven, ‘Always There For You’

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama CRISTIANO RONALDO Duta SACOOR BROTHERS

Google Translate Kini Lebih Mantap