Nama penyanyi antarabangsa Rihanna, 32, menjadi trending di laman Twitter susulan penggunaan lagu tema yang tidak sesuai melatari pertunjukan pakaian dalam jenama keluarannya, Savage X Fenty yang berlangsung baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, lagu remix ciptaan DJ Coucou Chloe itu mengiringi kemunculan model-model seksi yang memperagakan koleksi terbaharu Fenty.
Lagu yang dicipta empat tahun lalu berjudul Doom itu menyelitkan petikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.
Rihanna Guna Hadis Islam Sebagai Lagu ‘Fashion Show’
Susulan perkara itu, netizen terutamanya yang beragama Islam dari seluruh dunia menuntut penyanyi kelahiran Barbados itu tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kempennya yang dilihat menghina agama dan umat Islam.
Rata-rata peminat berasa kecewa dan mengecam tindakan Rihanna dan krew nya yang yang menggunakan lagu tersebut tanpa sebarang usul periksa.
ikhabarkan, ini bukanlah kali pertama Rihanna dikatakan cuba menjatuhkan imej agama Islam dengan menampilkan model berhijab dalam iklan jenamanya.
“Hi Rihanna, kenapa anda memilih lagu Doom untuk dimainkan dalam pertunjukan anda?
Ianya begitu mendukacitakan selepas mendapat tahu mengenainya. Lagu-lagu anda mengagumkan dan mempunyai lirik yang baik. Adalah lebih bagus jika mainkan lagu anda sendiri berbanding Doom tersebutâ€
– peminatnya di media sosial.
Sehingga kini, pihak Rihanna tidak memberi sebarang maklum balas mengenai insiden tersebut dan laman Twitter ketika ini turut trending dengan nama Rihanna.