[dropcap]P[/dropcap]elakon Linda Hashim melahirkan rasa sangat gembira kerana mendapat tawaran berlakon bersama suaminya iaitu pelakon Beego selepas mereka bergelar suami isteri. Ini bukannya kali pertama mereka bergabung dalam sebuah drama. Sebelum nikah, mereka pernah berlakon dalam drama bersiri Fatimah Juling di Astro dan Seuntai Tasbih di RTM. Kali ini, Linda dan Beego akan berlakon dalam drama Balkis yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan di TV1.
Linda juga bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah selepas berkahwin. Tahniahlah beb.
“Alhamdulillah kami ada dapat beberapa tawaran lakonan untuk RTM selepas kami berkahwin. Mungkin pihak produser melihat kami pasangan yang sesuai untuk digandingkan.”
Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan mereka yang sering berlakon untuk siaran RTM berbanding stesen lain, Linda berkata, perkara itu bukanlah satu masalah buatnya.
“Ya… memang benar banyak tawaran yang datang adalah dari RTM. Saya tidak kisah berlakon di stesen TV mana pun, yang penting ada rezeki, tapi bagi saya bayaran untuk drama RTM lebih baik berbanding stesen lain.”
Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupan berkeluarga, Linda berkata, dia kini lebih bahagia dan masih lagi belajar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya.
“Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Bali, Indonesia. Banyak perkara yang saya belajar menjadi seorang isteri dan tidak sabar untuk memasuki bulan Ramadan ini.”
Linda Hashim dan Beego atau nama sebenar Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33, bernikah pada 7 Jun lalu di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, dekat sini. Sumber: Mstar Online