in ,

Rezeki Lakonan Ada Naik Turun, Saharul Ridzwan Cuba Nasib Jual Wangian Ode Scents

PELAKON Saharul Ridzwan,32, mengaku pernah beberapa kali gagal dalam bisnes namun tetap bangkit tanpa jemu. Semangatnya ini menjadi inspirasi buat rakyat agar tidak mudah lemah dengan cabaran.

“Saya akui pandemik COVID-19 ini sedikit sebanyak menggambarkan apa yang akan terjadi kepada saya andai rezeki dalam lakonan berkurangan pada masa akan datang.

“Iyalah, saya harus terima hakikat tidak selamanya saya akan memegang watak utama dan mendapat bayaran seperti sekarang. Tambah pula ramai muka baharu yang hebat-hebat.

“Jadi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya mula buat bisnes sebagai persediaan.

“Tidak dinafikan, sudah beberapa kali saya gagal dalam bisnes. Nak tahu, dulu saya pernah berniaga serunding. Namun semuanya rosak kerana saya tiada pengalaman dalam menguruskan stok.

“Bukan itu sahaja, ada beberapa bisnes lain turut gagal. Apa-apa pun saya tidak patah semangat kerana saya yakin, rezeki tetap ada kepada mereka yang berusaha,” katanya yang kini tampil dengan produknya sendiri iaitu wangian aromatik jenama Ode Scents.

Ode Scents adalah wangian aromatik yang sesuai untuk kediaman dan kereta.

Menurut Saharul, idea untuk memulakan bisnes wangian itu bermula ketika bertemu dengan seorang individu yang juga kini menjadi rakan kongsinya iaitu Nadzir Samsuddin.

“Saya yakin untuk bersama-sama Nadzir dalam membangunkan bisnes ini kerana dia sememangnya mempunyai pengalaman dalam produk wangian.

“Saya akui tidak pandai berniaga, tetapi rakan kongsi saya itu tetap memberikan keyakinan kepada saya untuk menjalankan bisnes ini.

“Jelasnya, apa yang lebih penting untuk memulakan bisnes itu perlu mempunyai pasukan pemasaran yang kuat dalam memasarkan dań mempromosikan produk,” ujarnya yang turut mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 bersama rakan kongsinya itu sebagai kos permulaan.

Produk wangian Ode Scents yang dikeluarkan oleh syarikat Pack Houz Sdn. Bhd. ini mempunyai lima jenis wangian iaitu Island Escape, Perfect Peony, English Fresia, Summer Dream dan Wild Fig.

*Sumber: WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lokasi Aktiviti Lasak Seluruh Sabah Dalam Travelog EKSTREM WALAI TOKOU

Selepas Keluar Pusat Tahanan, Rezeki Dai Syed Makin Murah, Kini Dilantik Jadi Duta Produk DYXY