in ,

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Tahniah buat semua peserta yang berjaya ke peringkat final pada hari Jumaat ini!

Dua peserta Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) terpaksa akur apabila diumumkan tersingkir di pentas separuh akhir program tersebut minggu lalu. Kumpulan ABC (Chiwan Chilok, Achok Chilok & Cik B) dan ZUZUZU (Nizam Jentik-Jentik, Zahid AF & Filzah) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada empat lagi kumpulan, U.N.I, Heart, Viral dan JANGGO yang berjaya mara ke peringat akhir pentas komedi yang bersiaran di musim keduanya ini.

Selepas sembilan minggu berhempas pulas, persembahan kumpulan ABC terutamanya ketika melakukan tugasan kedua bersama tetamu jemputan mereka dilihat hambar dan tidak menepati jiwa penonton serta ketiga-tiga juri tetap (Dato’ Awie, Fazura dan Zul Ariffin).Berada dia kedudukan terendah dengan hanya 36.70%, ABC dilihat kecewa kerana tidak dapat melangkah ke peringkat akhir, seterusnya melenyapkan impian masing-masing untuk membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai sebanyak RM150,000.

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Begitu juga dengan ZUZUZU, yang mana sebelum ini prestasi mereka dilihat sangat konsisten dari minggu ke minggu, walaupun dianggap sebagai pemain ‘underdog’ di pentas sebesar MLS2 ini. Merekodkan markah sebanyak 37.88%, persembahan kedua ZUZUZU mendapat beberapa kritikan pedas dari barisan juri terutamanya apabila sentimen rupa paras dan fizikal dijadikan sebagai sebahagian dari bahan lawak mereka.

Dalam pada itu, kumpulan HEART dilihat amat cemerlang pada malam itu, seterusnya dinobatkan sebagai pemenang ‘Superstar of the Week’, yang mana mereka diberi kelebihan untuk memilih ‘live props’ dan digunakan sebagai senjata di pentas akhir kelak. Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 61.44%, HEART kini berada di kedudukan yang sangat selesa.

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Bagaimana pula dengan minggu ini? Bolehkan HEART terus berada di kedudukan teratas, ataupun juara tahun lalu, JANGGO bakal mengejar rapat? U.N.I dan VIRAL juga tidak kurang hebatnya apabila turut kerap dianugerahkan lima bintang untuk persembahan masing-masing. Yang pasti, pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 2 ini akan menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru di antara HEART, JANGGO, VIRAL dan U.N.I. Masing-masing sedang sibuk mempersiapkan diri untuk melakukan dua persembahan akhir yang bertemakan, ‘NEGARA ASIA’ dan ‘BEBAS’.

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Milik siapa hadiah kemenangan RM150,000 ini? Siapa pula yang akan berada di kedudukan kedua dan berikutnya? Semua ini akan terjawab pada Jumaat ini! Jangan lupa, saksikan kumpulan HEART yang dianggotai Azmi Saat (Caliph Buskers), Ezad Lazim dan Daniel Zaini, VIRAL (Ali Puteh, Mamak Puteh dan pelakon Roy Azman),  JANGGO (Khir Rahman, Joey Daud dan Man Raja Lawak), U.N.I (Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC) berentap di pusingan akhir MLS2, Jumaat ini!

Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Warna (127), dan juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO secara percuma untuk semua pelanggan Astro. Layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk maklumat lanjut serta untuk membuat undian bagi kumpulan kegemaran anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Sugarbomb & Ruffedge Suntik Nafas Baharu Lagu Popular ‘KAU MEMANG DA BOMB’

Seleksi Program Terbaik Sepanjang Minggu di TV2