in

Revolusi Penjagaan Rambut Sunsilk dengan Nanoteknologi

Sunsilk Merevolusikan Penjagaan Rambut dengan Nanoteknologi
Kolaborasi bersama tujuh pakar rambut bagi memperkasakan wanita dengan keyakinan melalui kesempurnaan rambut

Kuala Lumpur, 31 Mac 2011 – Kesempurnaan adalah kemuncak yang ingin dicapai oleh semua orang. Kesempurnaan bagi seorang wanita pula bermaksud tanpa cacat cela, kecemerlangan dan penunaian. Kaum wanita mahukan kehalusan dalam gaya, penampilan dan rambut mereka. Tiada yang dapat mengatasi perasaan yakin dan kepuasan yang lahir apabila anda tahu bahawa setiap urat rambut adalah yang paling sihat dan terbaik, sekali gus menyerlahkan keindahan mahkota keanggunan anda.

Sunsilk

Dalam usaha memburu kesempurnaan buat setiap inci rambut, pencipta bersama Sunsilk mengkaji butir-butir yang tidak dipedulikan oleh pihak lain. Para pakar Sunsilk merawat setiap urat secara individu kerana mereka tahu bahawa inilah satu-satunya cara bagi memastikan rambut anda akan kelihatan dan kekal cantik, dari akar ke hujung rambut.

“Naluri kesempurnaan yang tidak kenal penat lelah dalam pencipta bersama kami terus meningkatkan tahap cita-cita kami untuk merevolusikan industri rambut. Obsesi berkongsi kami untuk memberikan rambut sempurna kepada jutaan kaum wanita telah melahirkan rangkaian ‘Co-Creations’ baru kami,” Ashlee Ng, Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Sunsilk telah menaikkan taraf sains penjagaan rambut dengan melancarkan rangkaian ‘Co-Creations’ yang baru dan dipertingkatkan dengan teknologi nano kompleks. Rangkaian terbaru telah dirumus khas bagi menepati piawaian kesempurnaan ketat yang ditetapkan oleh barisan pakar rambut paling terkemuka di dunia, Yuko Yamashita, Thomas Taw, Dr. Fusco yang sentiasa berusaha untuk rambut sempurna.

Sunsilk

Kunci kepada kesempurnaan rambut adalah memerhatikan butir-butir terperinci. “Kami sungguh gembira dapat bekerjasama dengan pencipta bersama yang teliti dan bersemangat mengenai kesempurnaan hingga ke butiran yang paling kecil. Kualiti sebegini telah membantu kami memahami bagaimana perkara kecil memberikan kesan yang besar dalam mencapai kesempurnaan. Pembelajaran ini bertindak sebagai dorongan ke arah pembentukan teknologi baru bagi menangani masalah paling kecil berkenaan rambut agar kesempurnaan diserlahkan,” tambah Ng.

Sunsilk

Nano Kompleks yang dipaten ini adalah satu rumusan unik yang terdiri daripada partikel bersaiz nano optimum yang selepas digunakan, memberikan liputan yang berkesan dan sekata di seluruh serat rambut. Ia meliputi setiap urat dan setiap inci rambut bagi memberikan manfaat prestasi tinggi spesifik untuk setiap jenis rambut. Teknologi baru Sunsilk bekerja keras ke atas setiap urat rambut, bagi menjaga elemen paling halus dalam setiap urat rambut dan memberikan kesempurnaan sepenuhnya kepada semua wanita.

“Teknologi berpaten Sunsilk telah mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan dan diperhalusi. Kami sentiasa berinovasi untuk memberi kaum wanita peluang memiliki rambut yang cantik, berkilauan dan sempurna dari akar ke hujung. Rangkaian baru ‘Co-Creations’ yang diperkasakan dengan rumusan nano kompleks telah dibangunkan melalui kolaborasi dinamik di antara pasukan penyelidikan dan pembangunan Sunsilk dengan panel pakar rambut kami,” terang Ng.

Usaha tanpa henti untuk mencapai kesempurnaan dan komitmen berkekalan bagi berinovasi dan membangunkan teknologi untuk menghasilkan rambut berkilauan jelas terlihat dalam setiap pakar rambut. Memberi komen mengenai kolaborasi ini, Yuko Yamashita, Co-Creator Sunsilk Perfect Straight, berkata, “Terdapat 100,000 urat rambut di atas kepala seseorang individu dan semuanya memberikan cabaran yang unik! Kami perlu menguasai urat rambut liar dengan mengurangkan geseran di antara rambut dan Sunsilk telah mencapainya dengan Nano Kompleks baru”.

Sunsilk telah menguasai nanoteknologi berpaten dan menggabungkan pengetahuan serta wawasan daripada para pakar rambut bertaraf dunia untuk membantu kaum wanita mencapai kesempurnaan. Misi Sunsilk adalah untuk memberikan setiap orang wanita akses kepada kepakaran yang digabungkan dengan teknologi canggih.

Dengan rangkaian penjagaan rambut baru Co-Creations yang dipertingkatkan dengan rumusan nano kompleks, kesempurnaan boleh dimiliki dengan satu cucian sahaja! Kaum wanita kini boleh mengorak langkah dengan penuh gaya dan keyakinan sambil menyerlahkan keanggunan mereka dengan rambut yang kemas lagi rapi.

Sunsilk

Sunsilk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OUTSOURCED Season 1 Concept

Peraduan Jom Menonton Filem Water for Elephants