in

Review Travel Singgahan Romantis di Sala Phuket

[dropcap]K[/dropcap]alau berbicara tentang pantai-pantai terindah di Asia, Thailand mesti tersenarai sebagai destinasi kegemaran pelancong asing. Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di sana sudah tentulah kawasan pantai Phuket yang terletak di selatan negara tersebut.

Jika bercakap soal tempat penginapan mewah pula, Phuket menyediakan ratusan vila dan hotel mewah berkelas antarabangsa di beberapa daerah pantainya. Sala Phuket merupakan salah satu daripadanya. Resort yang terletak di tepi kawasan pantai Mai Khao ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu ataupun bercuti bersama rakan-rakan.

Ini kerana ia hanya menawarkan penginapan berkonsep vila peribadi dan eksklusif pada harga yang sangat berpatutan. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini dan tidak hairanlah sekiranya ia menjadi pilihan orang ternama seluruh dunia.

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Dilengkapi dengan 79 vila yang luas dan mewah, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Setiap vila diberi sentuhan moden kontemporari dan menimbulkan suasana yang sangat tenang dan romantis. Apatah lagi anda tidak perlu berkongsi kolam renang, kerana setiap satu vila mempunyai kolam renang peribadinya sendiri. Senibinanya persis sebuah rumah kecil yang eksklusif. Ada pilihan satu atau dua bilik tidur bagi setiap unit yang dilengkapi bilik mandi terbuka di luar sambil dikelilingi tanaman hijau. Penghuni vila bebas bersantai di kolam renang peribadi masing-masing tanpa perlu menghiraukan gangguan luar. Para penghuni vila juga boleh menikmati sarapan di bilik masing-masing dengan hanya memesan daripada pihak hotel. Setiap unit kediaman turut dilengkapi kemudahan internet wi-fi secara percuma!

JIka nak ke pantai pula, ia hanya seminit dua sahaja dari pintu masuk vila. Pantainya juga peribadi, bersih dan tiada gangguan. Malah kalau berjalan berseorangan di waktu malam juga sangat selamat. Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Sala Beach Restaurant yang terletak di tepi pantai dan kolam renang umum Sala kerana ia menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Ada juga bar untuk bersantai iaitu Beach Bar yang menyediakan pelbagai juadah enak.

Seperti kebanyakan tempat penginapan pantai di Thailand, kemudahan spa merupakan sesuatu yang sangat sinonim dan Sala mempunyai Sala spa yang sangat hebat. Selain tiga buah kolam renang, ada juga sebuah perpustakaan di lobi untuk membaca dan tenangkan fikiran.

Para tamu juga boleh memilih untuk turut serta dalam aktiviti lain seperti membeli-belah di kawasan berdekatan, menaiki bot, berbasikal serta macam-macam lagi. Pendek kata resort ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai kerana konsepnya yang mewah lagi eksklusif. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 20 minit dari lapangan terbang Phuket, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Singgahan Romantis di Sala Phuket
oleh Shah Shamshiri

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Singgahan Romantis di Sala Phuket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Meet & Greet bersama PAWN STARS Hari Ini

Selebriti Bizz Papar Tips Jadi Selebriti Usahawan Berjaya