in

Review Travel Majestic Malacca

Semalam yang Mewah di Majestic Malacca
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]P[/dropcap]ernah menjadi sebuah kediaman peribadi, The Majestic Malacca menempatkan sebuah rumah agam bersejarah dan turut mempunyai sebuah sayap khas yang lengkap dengan 52 buah bilik eksklusif serta dua buah suite mewah.

Dihiasi dengan gaya senibina gabungan unsur-unsur Selat dan neo-klasik, hotel ini masih mengekalkan imejnya sebagai sebuah hotel peninggalan masa silam yang kaya dengan lakaran tradisi kaum Cina lautan Selat (atau Baba dan Nyonya). Tersergam indah di bandaraya Melaka yang penuh bersejarah, lokasinya sekitar 150 km dari Kuala Lumpur dan 260 km dari Singapura.

Review, Travel, Majestic Malacca

Setiap 52 buah bilik di sini menampilkan konsep plan terbuka dengan pintu gelangsar (sliding door) yang memisahkan kawasan bilik mandi dengan tempat tidur. Sentuhan senireka dalaman klasik setiap bilik mengetengahkan sebuah bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi ala-ala zaman kegemilangan kolonial Melaka serta jubin dan kelengkapan mandian yang lain. Kesemua bilik diserikan lagi dengan kemudahan elektronik tercanggih seperti sambungan internet wi-fi, televisyen satelit berlayar leper, dan macam-macam lagi.

[pullquote align=”right”]Di tingkat paling atas hotel pula, terletak suite Tranquerah dan Majestic, dua buah suite paling mewah hotel ini yang menawarkan pemandangan terindah Sungai Melaka serta persekitarannya.[/pullquote]

Bagi memenuhi deria rasa pula, The Mansion dan The Lounge at The Mansion menawarkan gabungan masakan terenak yang mempunyai pengaruh budaya Portugis, Belanda, Inggeris, serta Peranakan. Selain hidangan barat, hidangan minum petang di sini turut menyediakan kuih serta manisan ala Nyonya buat para tamu. Sambil menikmati pemandangan persekitaran bandaraya Melaka, pengunjung juga boleh memanjakan diri di Spa Village Malacca, satu-satunya spa tunggal di dunia yang menggunakan terapi berdasarkan warisan rawatan budaya kaum Peranakan.

Menampilkan enam bilik rawatan dan empat bilik pra-rawatan dengan ritual penjagaan rambut, tamu juga boleh menikmati klip-klip hitam putih seniman agung P. Ramlee semasa dimanjakan oleh para petugas spa.

Selain itu , ada sebuah kolam renang serta gimnasium untuk kegunaan pengunjung yang ingin bersenam dan beriadah. Seperti hotel-hotel terkemuka lain, The Majestic Malacca turut menyediakan ruang-ruang khas untuk penganjuran majlis dan acara-acara tertentu. Ini termasuklah empat bilik mesyuarat yang sesuai digunakan untuk urusan perniagaan serta seminar dan seumpamanya.

Namun yang lebih istimewa dan perkara yang membezakan hotel ini dengan hotel-hotel lain adalah perkhidmatan lawatan bersejarah yang disediakan oleh mereka. Seperti beberapa hotel lain di bawah pengurusan jenama YTL, lawatan bersejarah sering ditawarkan kepada para tamu yang bermalam di hotel-hotel mereka. Lawatan ini meliputi kunjungan ke bangunan-bangunan bersejarah serta tempat-tempat lain yang mempunyai kepentingan dalam pembentukan bandaraya Melaka. Lawatan ini adalah percuma bagi semua yang menginap di hotel ini.

Andai berkemampuan serta berpeluang ke Melaka, cubalah bermalam di sini untuk merasa sentuhan mewah hotel ini. Kami yakin, The Majestic di kota Melaka tidak akan menghampakan harapan anda kerana ia benar-benar berada di kelas tersendiri!

Review, Travel, Majestic Malacca

Review, Travel, Majestic Malacca

Review, Travel, Majestic Malacca

Review, Travel, Majestic Malacca

Review, Travel, Majestic Malacca

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bermalam Mewah di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Penny Tai Menang Anugerah Muzik Persatuan Wartawan Hiburan