Ulasan The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1 (2011)
Pengarah: Bill Condon
Penulis lakon layar: Melissa Roseberg
Penulis Novel: Stephanie Meyer
Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson & Taylor Lautner
Robert Pattinson: Edward Cullen
Kristen Stewart: Bella Swan
Taylor Lautner: Jacob Black
Sinopsis:
Sambungan dari episod yang lepas, akhirnya Edward dan Bella berkahwin. Walaupun Bella mengalami rasa yang sangat berdebar-debar & neves, namun akhirnya Bella dan Edward disatukan jua. Hidup mereka mulanya bahagia dan mereka berbulan madu. Mereka merasai nikmat berbulan madu di sebuah pulau tropika yang sangat cantik di kepulauan Brazil. Akhirnya mereka bersatu, dan kandungan Bella menyebabkan tubuh Bella rasa lemah kerana terlalu kuat. Kandungan Bella diancam oleh sekumpulan serigala Wolf Pack. Jacob pula digambarkan terlalu terguris dan rasa serba salah, antara kesetiaannya kepada puak, kebenciannya pada Edward dan kecintaannya pada Bella.
Filem ini terpaksa dibahagi kepada dua kerana cerita di dalam novel ini sendiri sangat panjang dan berjela-jela.
KEISTIMEWAAN:
1. Melo-drama Yang Menarik
Lagu tema dan juga muzik skor memainkan peranan penting untuk menjadikan Part 1 ini menarik untuk ditonton. Emosi yang mahu disampaikan oleh pelakon ternyata berjaya menyentuh hati penonton.
Muzik seperti piano dengan irama sentimental, lagu rock yang padat dengan emosi memberi gambaran jelas betapa filem ini ada tema konflik antara watak.
2. Lakonan Yang Mantap
Saya rasa, kekuatan Part 1 ialah gaya lakonan terbaik dari semua pelakon. Boleh saya katakan, lakonan dari Part 1 ini antara yang terbaik dari semua episod The Twilight Saga. Ini kerana, Part 1 memerlukan semua pelakon bermain dengan emosi dan karakter mereka banyak menggunakan ekspressi muka.
3. Sinematografi Yang Cantik
Terlalu banyak gambaran dan juga kamera angle yang cantik dalam Part 1. Faktor ini banyak membantu untuk menjadikan filem Part 1 ini lebih menarik dengan sinematografi yang cantik. Saya tertarik dengan scene semasa Bella berkhayal semasa awal cerita. Selain sinematografi scene semasa berbulan madu di pulau, saya juga suka dengan suntingan atau editing dalam filem ini.
KELEMAHAN:
1. Plot Cerita Yang Sangat Minima
Jalan cerita yang ringkas dalam Part 1 ini banyak menumpukan kepada konflik dan kesukaran semasa Bella mengandung.
2. Terlalu Draggy
Timeline dan perjalanan sangat perlahan. Ini bermakna, terlalu banyak scene-scene yang tak perlu dan tak penting dimasukkan dalam filem ini. Terutama sekali, kelemahan sangat jelas di mana terlalu banyak scene bercium dan berpelukan dalam filem ini di mana bagi saya ianya tak berapa penting pun.
Ada scene dan sebahagian dari filem ini terlalu lama di layar, ini menjadikan filem ini mendatar. Ini boleh menjejaskan tumpuan penonton dan mereka akan rasa bosan. Scene yang paling ketara ialah scene Edward & Bella pergi berbulan madu dan scene ketika melakukan adegan seks.
3. Tak Banyak Aksi
Ya, ada aksi dalam filem ini tapi tak berapa banyak jika dibandingkan dalam filem Twitlight sebelum ini.
Saya rekomen filem ini untuk penggemar die-hard fan filem dan novel ini. Saya tak fikir Part 2 perlu. Dan ada baiknya jika Part 1 dan Part 2 disatukan dalam satu filem kerana plot ceritanya sangat ringkas.
Rating: 2/5 bintang