in

Review The Grand Dorsett Subang

Menemui Ketenangan di The Grand Dorsett Subang
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]S[/dropcap]ubang Jaya sememangnya salah satu kawasan di Petaling Jaya yang paling sibuk kerana semakin hari semakin membangun dan bandar di Lembah Kelang ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pengunjung kota.

Setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Kuala Lumpur, tapi juga para pengunjung dari luar KL dan Selangor. Sejajar sebagai pusat perdagangan yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

Namun tidak banyak hotel di sini yang dapat memberikan ketenangan suasana pusat kota dan di suatu lokasi. Grand Dorsett Subang merupakan salah satu hotel yang dapat memberikan semua ini.

[pullquote align=”right”]Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya.[/pullquote]

Dengan kedudukan strategik yang berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah, perniagaan, hiburan serta padang-padang golf terkemuka, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kawasan Petaling Jaya dan Subang khasnya.

Berlandaskan jenama Dorsett yang terkenal, hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan 478 bilik-bilik yang cantik lagi mewah, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan di bahagian utama hotel ataupun bilik-bilik yang lebih eksklusif di bahagian Club Rooms dan Suite.

Grand Dorsett Subang juga sangat sesuai bagi semua golongan dari yang bekerja sehinggalah yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti, kolam renang, Tanjung Wellness Spa dan macam-macam lagi. Soal makan pula semestinya ada restoran yang hebat seperti Terazza Brasserie, Cafe Aroma, Emperor Restaurant dan Piano Lounge. Tempat-tempat ini menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.

Selain bersantai di kawasan hotel, anda juga boleh melakukan pelabagai aktiviti lain di sini. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya.

Kesimpulannya, Grand Dorsett Subang memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu bersinggah ke Subang kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung!

Lobby

Executive Club Room

Deluxe Plus Room

Grand Dorsett Subang Terazza Brasserie (1)

Emperor Restaurant

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Malam Gala AIFFA 2013

Photos Fashion Invasion In Pavilion KL